Rabu, 17 Julai 2013

Saintis temui cara untuk mengecas telefon pintar dengan air kencing

Saintis temui cara untuk mengecas telefon pintar dengan air kencing
Para saintis telah menemui satu cara untuk mengecas telefon pintar dengan menggunakan air kencing.

Penyelidik-penyelidik dari Bristol Robotics Laboratory menyalurkan air kencing melalui sel-sel bahan api mikrob dan dapat menggunakan produk untuk mengecas peranti Samsung dengan jayanya, menurut Royal Society of Chemistry.

Proses ini, yang menukarkan tenaga daripada sisa organik menjadi tenaga elektrik, menjana kuasa yang mencukupi untuk menghantar mesej teks, melayari internet dan membuat panggilan ringkas.

Dr Loannis Leropoulos dari University of the West of England berkata: "Kami amat teruja kerana ini adalah yang pertama di dunia, tidak ada orang lagi yang telah memanfaatkan kuasa daripada air kencing untuk melakukan ini, maka ia adalah satu penemuan yang menarik."

Pasukan itu berharap untuk mengembangkan teknologi itu lagi agar nanti dapat mengecas penuh peranti tersebut.

Teknik yang sama telah digunakan bagi sebuah restoran di Melbourne, di mana air kencing pelanggan menjana elektrik.



Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.