Khamis, 25 Julai 2013

Burka Avenger, superhero wanita baru yang menutup aurat

Boleh belah Wonder Woman dan Supergirl, kini superhero wanita baru muncul dan tidak mendedahkan kulit banyak seperti yang terdahulu itu.

Burka Avenger, superhero wanita baru yang menutup aurat

Heroin Pakistan Burka Avenger (Pembalas berBurka) merupakan seorang guru yang sopan santun dengan kemahiran seni mempertahankan diri rahsia.

Dia menggunakan burka hitam untuk menyembunyikan identitinya kerana beliau melawan samseng tempatan yang mahu menutup sekolah perempuan di mana dia bekerja.

Siri kartun ini adalah ilham salah seorang bintang pop terbesar Pakistan, Aaron Rashid (bukan Aaron Aziz ya) yang berkata beliau mahu menekankan kepentingan pendidikan kanak-kanak perempuan.

Beratus-ratus sekolah telah diletupkan di barat laut Pakistan, oleh Taliban. Pada tahun 2012, militan telah menembak Malala Yousafzai, seorang aktivis murid 15 tahun, di kepala dalam usaha pembunuhan.

Beliau juga menjelaskan bahawa burka telah dipilih sebagai penyamaran superhero itu, bukan atas sebab-sebab agama tetapi untuk memberikan sentuhan tempatan untuk rancangan tersebut.

Burka Avenger, superhero wanita baru yang menutup aurat

Penjahat utama rancangan itu adalah Vadero Pajero, seorang botak, ahli politik yang korup, dan Baba Bandook, seorang ahli silap mata jahat yang bertujuan untuk menyerupai seorang komander Taliban.

Burka Avenger dijadualkan ke udara di saluran Geo TV, Pakistan pada awal bulan Ogos.

[IBT , Sky News]



Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.