Rabu, 10 Julai 2013

Batu permata: Akik Botswana

Akik Botswana atau Botswana Agate ini berasal dari Botswana, Afrika. Sebab itu lah ia dipanggil Akik Botswana. Akik yang berjalur kelabu dan putih di bawah ini mengandungi tanah di dalamnya. Mungkin jarang didapati begini kerana saya pun hanya jumpa satu ini saja setakat ini.

Batu permata Akik Botswana

Biasanya ada batu di dalam tanah, tetapi ini ada tanah di dalam batu :D

Batu permata Akik Botswana ada bendasing tanah

Saiz 20 x 13mm

Akik Botswana di bawah pula ialah yang berjalur oren.  Ada juga sedikit bendasing di bahagian hujungnya walaupun tidak ketara seperti akik di atas.

Batu permata Akik Botswana

Saiz 25 x 15mm

Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom

SubhanAllah wa masya Allah .......


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.