Sabtu, 29 Jun 2013

Perbanyakkan dan permudahkan makanan sunnah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya dengan ini menyeru agar pihak kerajaan dan yang bertanggungjawab agar memperbanyakkan lagi makanan-makanan sunnah di Malaysia dan mempermudahkan bagi rakyat agar dapat dijadikan makanan amalan harian.

Memandangkan dunia hari ini penuh dengan penyakit-penyakit baru dan kronik, akibat dari kebanyakannya yang berasal dari pemakanan dan apa-apa yang masuk ke dalam perut kita, termasuklah ubat-ubatan yang mengandungi dadah dan pelbagai bahan kimia yang memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia.  Sabda nabi S.a.w maksudnya, "Perut adalah rumah penyakit .." [Hadits Riwayat Muslim]


Makanan-makanan sunnah seperti kurma, kismis, buah tin, zaitun, habbatus sauda' dan beberapa lagi mungkin tidak boleh dihasilkan sendiri di Malaysia kerana tumbuh-tumbuhan tersebut mungkin tidak sesuai dengan iklim negara kita. Tetapi makanan sunnah seperti madu, boleh dihasilkan.

Ini kerana madu masih lagi sukar didapati di pasaran dan harganya pun agak mahal. Maka saya menyeru jika kerajaan betul-betul prihatin terhadap kesihatan rakyatnya, maka cubalah perbanyakkan penternakan lebah agar madu dapat dihasilkan dalam jumlah yang lebih besar lagi, dan akhirnya dapat dijual dengan harga yang jauh lebih murah.

Jika mahal, hanya golongan yang banyak duit saja lah yang dapat jadikannya sebagai makanan amalan harian, sedangkan golongan miskin hanya dapat makan sekali-sekala.  Makan sekali-sekala? Itu belum cukup bijaksana dan berkesan , kerana sebaik-baiknya dijadikan amalan harian sentiasa. Sama juga seperti bersenam, merawat kulit, menjaga tubuh dan sebagainya, perlu amal hari-hari baru ada kesannya insyaAllah.

Lagi pun kebanyakan makanan pada hari ini banyak yang tercemar dengan bahan-bahan yang memberi kesan buruk kepada tubuh seperti toksik, dadah dan sebagainya. Maka jika hanya sekali-sekala dapat amal makanan sunnah dan herba-herba yang berkhasiat, masih tidak cukup untuk menangkis kehadiran toksik-toksik dalam tubuh dan tidak efektif mana untuk menyahkan toksik-toksik yang bergelumang dalam tubuh.

Begitu juga dengan makanan-makanan sunnah yang tidak dapat dihasilkan di negara kita, diharap dapat lah dikurangkan harganya tanpa mengutip cukai terhadap barangan tersebut dan seumpamanya. Ikhtiarlah agar rakyat dapat dibekalkan dengan makanan-makanan yang sepatutnya.

Perbanyakkan lah juga promosi untuk mengamalkan makanan sunnah dan herba. Ini kerana makanan-makanan yang ada di pasaran terutamanya makanan proses dan makanan ringan sangat tidak bagus bagi tubuh manusia dan dapat beri pelbagai kesan buruk dalam masa yang panjang, dan mungkin ada juga yang tidak ambil masa panjang pun.

Apa lagi yang lebih dihargai selain dari kesihatan tubuh?  Kalau ada duit berbillion pun tetapi tubuh sakit tiada maknanya juga, betul ke tidak?

Ya betul, penyakit itu mungkin adalah kifarah bagi kita agar tertebus dosa-dosa. Dan itu semua adalah ujian atau bala dari Allah. Tetapi Allah suruh kita menjaga kesihatan juga dan mengelak dari membahayakan diri sendiri. Dan jika kita sudah ikhtiar sedaya upaya dengan sebijaksana mungkin untuk mengelak tetapi penyakit datang juga, maka kena redha lah.

Mencegah lebih baik dari merawat. Ntah berapa juta atau billion setahun duit negara dibelanjakan untuk membeli ubat-ubatan di hospital sana (terutamanya dibeli dari syarikat Baxter), yang mana ubat-ubat itu sendiri pun adalah racun dalam diam, kerana mengandungi dadah dan bahan-bahan kimia yang tidak bagus untuk manusia.  Ubat-ubat itu hanya MENAHAN SAKIT, bukannya MEMBUANG SAKIT, dan kemudian MENGUNDANG SAKIT lain pula kesan darinya. Dan kebanyakannya dicipta hanya kerana DUIT.

Sedangkan Islam telah sempurna, AlQuran dan Hadits telah ajarkan dengan sempurnanya makanan-makanan yang menjadi benteng dan pembantu bagi tubuh manusia dari penyakit dengan izin Allah. Tetapi mengapakah masih ada antara kita yang bergelar Muslim masih belum yakin malah lebih yakin dengan ubat-ubatan palsu barat?

I love you all. Jaga lah diri, lengkapi diri dengan iman, ilmu dan amal, semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Azza Wa Jalla. Wassalaam ....... :)


Contoh cerita berkenaan kesan buruk dari pil-pil yang mengandungi dadah dan bahan kimia

Saya tidak mahu bercerita panjang. Lagi pun ntah ada orang akan baca ke tidak perkongsian saya ini. Saya serah pada Allah saja lah.

- Contoh 1, ada kisah saudara saya, makan pil pain killer banyak sangat, akibatnya berlaku pendarahan dalam perut akibat pil tersebut, itu disahkan oleh doktor sendiri.

- Contoh 2, kisah saudara saya juga, yang amal makan pil anti biotik. Dia akui sejak makan pil-pil itu, tubuhnya makin mudah terkena penyakit dan lemah sekali.

Ya memang sudah banyak terbukti pun, dan mengikut kajian-kajian juga, antibiotik memang membunuh bakteria dalam tubuh kita. Tetapi malangnya, ia membunuh semua bakteria termasuklah bakteria-bakteria baik yang menjaga imunisasi tubuh kita.

Akibatnya, sistem imunisasi (kekebalan) tubuh kita jadi lemah dan mudah terkena penyakit lain pula di kemudian hari.

Konsep ini sama dengan vaksin. Lagi pun vaksin dihasilkan oleh mereka yang menghasilkan virus-virus moden yang dikacuk secara genetik sendiri. Mereka membuat virus, mereka jugalah yang membuat anti virus. Sama seperti dalam bidang komputer. Semuanya kerana duit , wallahu a'lam .......


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.