Jumaat, 28 Jun 2013

Makam diraja Wari kuno digali di Peru

Makam diraja yang ditemui oleh ahli arkeologi di Peru membuka tetingkap baru mengenai raja-raja purba Andes sebelum Empayar Inca.

Imej makhluk bersayap menghiasi sepasang perhiasan telinga emas dan perak wanita Wari berpangkat tinggi.  Foto oleh Daniel Giannoni

Selepas berbulan-bulan penggalian rahsia, pegawai antikuiti di Peru pada hari Khamis lalu mengumumkan penemuan sebuah makam purba dipenuhi dengan harta emas, tiga permaisuri dan hamba-hamba yang mengiringi mereka ke alam barzakh kira-kira 1,200 tahun yang lalu.

Dipanggil El Castillo de Huarmey, (Istana di Sungai Huarmey) makam piramid bertangga di pantai selatan Peru telah digelar "Temple of the Dead" oleh pasukan National Geographic yang diketuai oleh Miłosz Giersz dari Universiti Warsaw, Poland.

Penemuan makam yang belum diselongkar itu oleh pasukan Peru-Poland menjelaskan bahawa Wari kuno adalah pemerintah selatan Peru sebelum tahun 1000 M dan munculnya Empayar Inca.

Terletak di bawah menara runtuh, makam itu digali secara rahsia selama beberapa bulan tahun ini. Di dalam makam dijumpai 1,200 artifak, termasuk anting-anting emas, perak dan barang kemas tembaga, kapak gangsa dan mangkuk perak.

Mereka juga menemui dewan pengebumian kecil bagi tiga pemerintah wanita, dan hanya di luar mereka, kira-kira 53 wanita dikebumikan dalam satu baris, kira-kira setengah dozen daripada mereka mungkin mangsa korban manusia dikebumikan bersama permaisuri.

Lukisan raja Wari di sisi kelalang seramik yang berusia 1,200 tahun - Foto oleh Daniel Giannoni

Permaisuri telah dikebumikan dengan alat tenunan emas. Seorang kanak-kanak, mungkin anak lelaki, juga dikebumikan di ruang yang berasingan, yang merujuk kepada status yang lebih tinggi.

Tamadun Wari berkembang pesat dari abad ke 7 hingga ke-10 M, menakluki semua apa yang kini dikenali sebagai Peru sebelum kejatuhan misteri dan dramatik.



Artifak ukiran kayu


Manik-manik batu permata - Foto oleh Patrycja Przadka Giersz





Foto oleh Milosz Giersz


[USA Today , BBC , National Geographic, Reuters]


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.