Selasa, 25 Jun 2013

Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s


Sedikit kisah Nabi Idris a.s

Nabi Idris a.s adalah nabi kedua dalam senarai 25 Rasul yang wajib diketahui. Rasul Allah yang kedua ini juga mendapat gelaran As-Siddiq, sepertimana Abu Bakar r.a juga mendapat gelaran sedemikian.

Menurut suatu riwayat dari Ibnu Abbas, Nabi ldris a.s itu adalah seorang tukang jahit (Khayyath). Ibnu Abbas mengatakan pula bahawa setiap kali dia menusukkan jarumnya ke kain selalu dia membaca zikir "Subhanallah" (Maha Suci Allah).

Di dalam Tafsir al-Qurthubi disebutkan bahawa Nabi ldris itulah manusia yang mula-mula menulis dengan qalam (pena). Yang mula-mula menjahit dengan jarum. Yang mula-mula mengetahui ilmu bintang (astronomi) dan ilmu hisab (matematik). Dia bernama Idris, yang diertikan belajar kerana dia banyak sekali belajar Kitab Allah. Ada disebut bahawa kepadanya diturunkan 30 Shuhuf.

Sedangkan menurut Syaikh Thanthawi Jauhari di dalam Tafsir Jawahir-nya, yang dimaksudkan dengan Idris ialah Osiris atau Azoris, dan perkataan Idris adalah ucapan dalam bahasa Arab. Serupa juga dengan Yeshoa (dalam bahasa Ibrani / Hebrew) diucapkan dalam bahasa Arab ialah Isa, manakala Yohannes diucapkan dalam bahasa Arab ialah Yahya. [1]

Tetapi pendapat bahawa Nabi Idris itu ialah Osiris seakan lemah dengan jalan ceritanya tak sama seperti kisah Nabi Idris a.s yang kemudiannya diangkat naik ke langit, sedangkan kisah Osiris itu dia dibunuh oleh saudaranya sendiri. Akan tetapi yang lebih kuat ialah Nabi Idris itu sebenarnya bernama Akhnukh (atau Enoch) dan piramid mula dibina pada zamannya. Kemudiannya, di zaman Nabi Sulaiman a.s ditambah lagi dengan binaan-binaan lain yang banyak menjadi misteri hingga ke hari ini.

Penemuan-penemuan artifak kuno

1 - Alat mekanikal Antikythera - Ia adalah sejenis jam yang kini dipamerkan di Greek National Museum (Muzium Negara Yunani) di Athens. Ditemui pada tahun 1900 - 1902 oleh penyelam di Antikythera, sebuah pulau kecil yang terletak di antara Greece dan Crete. Bangkai kapal di mana objek itu didapati tenggelam pada 65 SM.

Kesemua bahagian logam mesin kelihatan dari lembaran satu kandungan dibuat dari gangsa bertimah rendah, tiada satu pun daripada bahagian-bahagian yang dibuang, atau dari logam lain.

Dari tulisan-tulisan (dalam Greek kuno) pada plat depan jam boleh disimpulkan bahawa jam bermula dari SM abad pertama. Ia adalah satu jam astronomi tentang matahari terbit dan terbenam, atau boleh jadi juga menandakan fasa bulan.

2 - Bateri Baghdad - Pada tahun 1936 ditemui objek yang luar biasa dalam Khuyut Rabuah di Baghdad. Dalam penggalian arkeologi mereka menjumpai periuk misteri atau pasu yang dianggarkan dibuat sejak tempoh antara beberapa ratus tahun sebelum Kristus sehingga beberapa ratus tahun selepas Kristus.

Bateri Baghdad adalah sebuah balang setinggi 15 cm dengan tudung asfalt. Batang besi (dioksidakan) dimasukkan ke dalam pusat ke dalam, dan dikelilingi oleh silinder tembaga panjang 9 cm dengan diameter 26 mm. Apabila balang diisi dengan satu atau elektrolit lain, seperti jus lemon atau cuka, maka ia mampu untuk mengalirkan voltan elektrik kira-kira 1 volt. Walau bagaimanapun, bateri itu adalah terlalu kecil untuk mengalirkan kuasa tunggal untuk tujuan ini, dan mesti terdapat berpuluh-puluh bateri ini dirangkaikan.

Perjanjian dengan bateri pertama apabila ia dicipta oleh lelaki Perancis iaitu George Lech anche pada tahun 1867 adalah menarik. Ia juga terdiri daripada periuk dengan (zink) elektrod negatif (karbon) dan positif, dipisahkan daripada satu sama lain oleh cecair elektrolitik.

Bateri ini terletak di Muzium Negara di Baghdad, tetapi adalah diragukan sama ada ia masih ada selepas kecurian pada tahun 2003.


3 - Arca seperti kapal terbang emas - Objek yang ditemui di Tolima di Colombia dan India ini berumur sekurang-kurangnya 1500 tahun, walaupun umur sebenar tidak boleh dipastikan kerana lokasi asalnya tidak lagi diketahui.

Beberapa eksperimen telah dijalankan di mana replika-replika pesawat ini dibuat dalam jumlah kira-kira 1 meter. Pembina mendakwa bahawa mereka berjaya membuatkannya terbang (Daniken-1997, ms 186, Daniken, 1973, ms 172).

Objek emas itu mempunyai bentuk yang biasa: sayap delta segi tiga, hidung pesek, ekor tinggi dan berukuran kira-kira 8 - 12 cm panjang.


4 - Pasu-pasu batu - Salah satu misteri terbesar sepanjang masa adalah penemuan pasu batu di Mesir. Di dalam dan berhampiran piramid Firaun Djoser di Saqqara, kira-kira 30 km selatan Kaherah, beribu-ribu pasu batu dijumpai.

Pasu-pasu batu ini dianggarkan daripada masa sebelum 2800 SM. Pasu-pasu ini diperbuat daripada jenis batu paling keras seperti diorit, gneiss dan granit dan memerlukan penggunaan alat-alat yang sangat keras termasuk penggerudian berlian, pengisar berlian dan (silinder) penggerudian dan lain-lain. Sedangkan pada masa itu alat-alat tersebut tidak wujud.

Ketika itu besi tidak lagi dikenali, apatah lagi penggerudian dan menggergaji. Walau bagaimanapun, kebanyakan pasu batu itu bentuknya sempurna, biasanya bulatan betul-betul simetri.  [2]



Arca batu seakan-akan komponen suatu mesin





Sedikit kisah Kaum 'Aad (kaum Nabi Hud) dan petikan dari AlQuran

Aad adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama Al-Ahqaf terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua selepas kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dan bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka. dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud iaitu Kaum Aad ini juga penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris a.s. dan Nabi Nuh a.s. sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari.

Akibat dan hasil dari aqidah yang sesat itu, pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriah lah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah, yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, bongkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu yang bermerajalela dan menguasai kehidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanah dan rendah hati. [2]

Kaum 'Aad ialah kaum yang derhaka kepada Allah dan rasulNya Nabi Hud a.s. Mereka ditimpa bala bencana sehinggakan tamadun mereka terus hancur luluh.

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain."  [Surah al-Fajr ayat 6-8]

"Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satu pun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti debu."  [Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42]


"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik? Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis."  (Surah as-Syu’araa’ : ayat 128-130)


[15]Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

[16]Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).  [Surah Fussilat : Ayat 15 - 16]


"Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.  [Surah Al-Haqqah : Ayat 6 - 7]



Sedikit kisah Kaum Tsamud (kaum Nabi Shaleh) dan petikan dari AlQuran

Kaum Tsamud adalah suku kuno Arab yang diperkirakan hidup sekitar millenium pertama Sebelum Masehi dan dekat dengan waktu kenabian Muhammad S.a.w. Mereka diperkirakan berasal dari wilayah Arab selatan yang kemudian pindah menuju utara. Mereka kemudian menetap di Gunung Athlab, Madain Shaleh.

Sejumlah besar kaum Tsamud merupakan pengukir dan pemahat bukit yang baik. Ukiran dan pahatan mereka hingga kini dapat ditemui di Gunung Athlab dan hampir seluruh Arab bahagian tengah.  [3]

Kaum Tsamud ini adalah satu kaum yang derhaka terhadap Allah dan rasulNya Nabi Shaleh a.s. Antara dosa besar yang mereka lakukan ialah membunuh unta mukjizat nabi Shaleh dan mereka juga cuba membunuh nabi Shaleh sendiri tetapi gagal kerana dimusnahkan oleh Allah S.w.t.

"Adapun kaum Tsamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.  Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa."  [Surah Fussilat : Ayat 17 - 18]


[23](Demikian juga) kaum Tsamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Shaleh).

[24]Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!

[25]Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.

[26]Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.

[27]Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).

[28]Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).

[29](Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.

[30]Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

[31]Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.

[32]Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?  [Surah Al-Qamar : Ayat 23 - 32]


[11] (Ingatlah), kaum Tsamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Shaleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”

[14] (Setelah Nabi Shaleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).  [Surah As-Syams : Ayat 11 - 14]



Sedikit kisah kaum Sadum (kaum Nabi Lut) dan petikan dari AlQuran

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermerajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermerajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.  [3]

Kaum Sadum ini juga derhaka terhadap Allah dan rasulNya Nabi Luth, maka ditimpakan bala bencana besar berupa gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta.

[80]Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

[81]“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

[82]Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.

[83]Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

[84]Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.  [Surah Al-A'raaf : Ayat 80 - 84]


Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah "Al-Anbiyaa" ayat 74 dan 75 , surah "Asy-Syu'ara" ayat 160 sehingga ayat 175 , surah "Hud" ayat 77 sehingga ayat 83 , surah "Al- Qamar" ayat 33 sehingga 39 dan surah "At-Tahrim" ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.



Antara kisah penduduk Madyan (kaum Nabi Syu'aib) dalam AlQuran

[85] Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: “Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

[86]“Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.

[87]“Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik hakim”.

[88]Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: “Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami”. Nabi Syuaib menjawab: “Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?

[89]“Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim”.

[90]Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): “Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi”.

[91]Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

[92]Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

[93]Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)”.

[94]Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

[95]Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.

[96]Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

[97]Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

[98]Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

[99]Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

[100]Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?

[101]Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.

[102]Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.  [Surah Al-A'raaf : 85 - 102]


Firaun

Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir

Kisah Firaun antaranya disebut dalam Surah al-Baqarah : Ayat 50 dan Yunus : 92.


Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina

Disebut dalam Surah al-A’raaf : 163.


Ashab al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, penderhakaan yang mereka lakukan ialah kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan oleh Allah S.w.t.

Disebut dalam Surah al-Furqan : 38 dan Qaf : 12.


Ashab al-Ukhdud

Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah S.w.t.

Disebut dalam Surah al-Buruj : 4-9.


Ashab al-Qaryah

Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.

Disebut dalam Surah Yasin : 13.


Kaum Tubba’

Tubba’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Kaumnya iaitu Kaum Tubba' tinggal di Yaman. Namun, kaum ini sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air.

Disebut dalam Surah ad-Dukhan : 37 dan Surah Qaf : 14.


Kaum Saba'

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim).

Disebut dalam Surah Saba' : 15-19.  [4]



Banyak binaan kuno dibina oleh Nabi Sulaiman a.s?

Walaupun dalam AlQuran dan Hadits tidak menceritakan keseluruhan tentang tamadun-tamadun yang telah runtuh dan hancur di zaman dulu kala, tetapi mungkin selain dari yang disebutkan dalam AlQuran itu (iaitu 12 kaum yang ditimpakan bala besar - seperti di atas) juga adalah disebabkan oleh derhakanya suatu  kaum itu terhadap Rasul dan Allah.

Ini kerana AlQuran sendiri sudah menegaskan, “Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” [Surah Fathir : 24]

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Maka kerana itulah sudah banyak dijumpai runtuhan-runtuhan binaan lama di dalam laut, dalam hutan, bawah tanah dan sebagainya. Itu sendiri sudah membuktikan bahawa kisah-kisah umat terdahulu yang disebut di dalam AlQuran, yang dilaknat dan dihancurkan oleh Allah S.w.t dan yang berkaitan dengannya adalah benar.  Tamadun mereka hancur bersama teknologi-teknologi yang dikuasai mereka.

Dan daripada penemuan artifak-artifak dari binaan-binaan kuno tersebut, menunjukkan betapa zaman dulu kala sudah pun mempunyai teknologi yang maju. Walaupun mungkin tidak semaju teknologi yang ada hari ini dengan komputer dan sebagainya, tetapi sekurang-kurangnya dulu tidak serendah seperti yang digambarkan oleh para evolusionis yang membawa teori sesat Darwin yang langsung tidak masuk akal iaitu manusia berasal dari beruk dan manusia zaman purba hanya tinggal di gua dan tidak ada teknologi langsung.

Dan selain dari binaan Kaum 'Aad, Tsamud dan sebagainya, binaan-binaan piramid dan seumpamanya itu mungkin ada juga dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Ini kerana Nabi Sulaiman ditundukkan angin kepadanya. Beliau diberikan mukjizat dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan kepantasan yang luar biasa.

Tambah lagi, dari tapak-tapak binaan kuno di seluruh dunia itu ada cerita-cerita berkenaan dengan piring terbang dan makhluk asing. Yang mana mungkin makhluk asing yang dimaksudkan itu ialah para jin yang menjadi hamba suruhan kepada Nabi Sulaiman a.s.  Begitu juga ada dibina patung-patung di tapak-tapak yang berkenaan.

"Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.  Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan piring-piring hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramal lah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."  [Surah Saba' : Ayat 12 - 13]

Berkenaan dengan penemuan-penemuan binaan-binaan kuno dalam lautan dan seumpamanya, mungkin juga ianya dulu ditimpa bala bencana hingga tenggelam ke dasar lautan.  Tetapi ada seperti yang sengaja dibina dengan tapaknya di dasar laut dalam. Kemungkinan besar ianya memang disuruh oleh Nabi Sulaiman a.s agar para jin membinanya di dasar laut untuk tujuan-tujuan tertentu.

"Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing)." [Surah Shaad : Ayat 37]

Jin-jin penyelam itu mungkin diarah oleh Nabi Sulaiman agar membina bangunan-bangunan di dasar laut.  Lagi pun ada juga binaan-binaan dasar laut yang ditemui langsung tidak ada kerangka manusia.

Dan sepertimana yang ditulis dalam tajuk lepas iaitu Membongkar rahsia Piramid dan teknologi tinggi zaman dulu kala, kaedah-kaedah binaan dan beberapa teknologi yang dijumpai dalam penemuan artifak-artifak lama dari serata dunia itu menunjukkan ada kesamaan. Ianya dibangunkan oleh orang-orang atau kaum yang sama.

Penggunaan eletrik dalam binaan-binaan tersebut juga amat relevan dengan jin. Kerana kita sedia maklum, jin diciptakan dari api, dan bentuknya di atas muka bumi ini adalah berupa seperti elektrik. Dan tidak mustahil para jin lah yang banyak mengajar manusia ilmu tentang elektrik. Dan teknologi alam jin juga lebih jauh maju dari teknologi alam manusia.  Jangan hairan kalau alam jin sudah lama ada teknologi kereta terbang dan sebagainya.

Untuk mengangkat bongkah-bongkah piramid yang amat besar itu juga adalah mudah bagi jin Ifrit. Ini mengingatkan kita kepada kisah Ifrit dan Nabi Sulaiman dimana Ifrit menawarkan kepada Nabi Sulaiman untuk membawa singgahsana Ratu Balqis ke hadapannya dalam masa yang singkat.  Dan ia juga lagi sangat mudah kepada seorang yang diberi kelebihan ilmu AlKitab (ada pendapat ulama mengatakan orang yang dimaksudkan itu ialah malaikat), kerana beliau boleh membawa singgahsana Ratu Balqis itu dalam sekelip mata sahaja (selaju cahaya).

Walaubagaimana pun, logika seorang jin boleh membawa sebuah istana ke tempat yang jauh dalam masa beberapa saat sahaja adalah diragui juga. Lagi pun, kita masih tidak pasti, sama ada Ratu Balqis itu manusia atau jin. Kalau Ratu Balqis itu adalah jin, maka logik lah Ifrit dapat mengangkat istana yang unsurnya terdiri dari unsur alam jin juga. Tetapi untuk mengangkat sebuah istana alam manusia yang pasaknya sudah sedia tertanam di dalam tanah, tanpa merosakkan dan merobohkan istana tersebut adalah diragui.

Perkara ini menjadi lebih dramatik lagi jika difikirkan tentang garis-garis Nazca di Peru, iaitu garis-garis besar yang membentuk seperti haiwan dan sebagainya, yang hanya boleh dilihat bentuknya dari tempat yang tinggi. Bagaimana mungkin garis-garis yang dikatakan dibuat ribuan tahun yang lalu boleh dilakukan oleh manusia biasa yang tidak ada kapal terbang dan seumpamanya waktu itu. Melainkan ianya dicipta oleh jin-jin yang bekerja untuk Nabi Sulaiman a.s.

Contoh Garis Nazca yang dilihat dari udara

Jika dilihat dari segi sejarah, hanya Nabi Sulaiman a.s yang diberikan mukjizat dapat bergerak pantas dari suatu tempat ke tempat lain dengan kenderaan tertentu yang dapat terbang, mempunyai para jin sebagai hamba-hamba dan pekerja-pekerja binaannya, dan beberapa kriteria lagi yang menunjukkan kaitan yang rapat antara binaan-binaan tersebut dengan Nabi Sulaiman a.s.

Ini kerana Allah S.w.t telah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman a.s sebuah kerajaan yang tidak pernah dimiliki oleh orang sebelumnya mahupun selepasnya.

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami).  Katanya: ” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.  Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;"  [Surah Shaad : 34 - 36]

Untuk bacaan lanjut lagi tentang hal ini anda boleh baca buku 'Borobudur dan Peninggalan Nabi Sulaiman' karangan KH Fahmi Basya iaitu seorang sarjana Matematik Islam dari Indonesia.  Didalam buku tersebut, KH Fahmi Basya berhasil mengungkapkan bahawa Candi Borobudur sangat berkait rapat dengan sejarah Nabi Sulaiman yang diyakini sempat menjadi raja di Negeri Saba' iaitu Indonesia.

Beliau menjelaskan, ada 40 bukti tepat yang dijelaskan dalam buku tersebut. Salah satu bukti paling kuat dan belum dapat dibantah adalah ditemui surat dari Nabi Sulaiman yang bertulis "Bismillahir rahmanir rahim" di atas sebuah plat emas di dalam kolam pemandian Ratu Balqis di Saba' atau panggilan di Indonesianya Ratu Boko di daerah Sleman, Jawa Tengah. [5]

Sesuai dengan apa yang AlQuran sebut ucapan dari Ratu Balqis setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman. "“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan sesungguhnya ia (kandungannya seperti berikut): "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."  [Surah An-Naml : 30]

Dan tidak hairan lah juga kepulauan Indonesia sangat terkenal dengan kisah-kisah mistik terutamanya kisah ratu-ratu dari bangsa manusia dan jin.


Teknologi manusia atau penghuni bumi sebelum penciptaan manusia?

Atau mungkin juga teknologi-teknologi kuno tersebut adalah teknologi makhluk hidup yang ada sebelum Adam a.s diciptakan iaitu Hin dan Bin. Di bawah ini saya petik secara ringkas sepertimana yang disebut oleh Imam Ibnu Katsir dalam kitabnya Al-Bidayah wan Nihayah.

Rasulullah S.a.w bersabda; "Para malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari suatu yang telah dijelaskan kepada kalian semua." [Hadits riwayat Muslim dan Ahmad]

Ramai ulama tafsir berkata, "Jin diciptakan sebelum penciptaan Adam a.s. Penghuni Bumi sebelum manusia ialah Hin dan Bin. Allah menjadikan jin menguasai mereka. Jin membunuh mereka lalu berdiam di Bumi setelah peperangan yang telah terjadi."  [6]

Sila baca juga Sejarah Iblis dan Penghuni Bumi sebelum manusia


Penutup

Maka Teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk dan juga teori saintis terkini yang ada mengatakan manusia berasal dari tikus, dapat dipatahkan dan dihancurkan sama sekali dengan bukti-bukti ini.  Manusia purba bukannya tidak bertamadun sepertimana yang digambarkan oleh buku-buku sains selama ini seperti manusia purba dulu hidup di dalam gua dan seumpamanya

Masyarakat orang asli yang tinggal di serata pelusuk dunia hari ini, mungkin berasal dari kaum-kaum lama dulu yang mengembara jauh kemudian terpisah dari tamadun dan sebagainya.  Atau pun juga berasal dari kaum-kaum yang dimusnahkan dan ditimpa bala bencana.

Begitu juga dengan teori yang mengatakan manusia pernah dilawati oleh alien / makhluk asing dari planet lain, ternyata mereka semua itu sebenarnya adalah para jin, yang menghuni di Bumi yang sama dengan kita tetapi dalam dimensi yang berlainan.

Binaan-binaan dari Nabi Sulaiman a.s juga banyak mempunyai rahsia pernomboran, seperti yang dijelaskan oleh KH Fahmi Basya. Oleh itu tidak hairan lah jika konsep ini juga dicedok dan diambil oleh Freemasons dan diselitkan di dalam binaan-binaan mereka, kerana mereka juga adalah satu golongan yang mengkaji dan banyak juga tahu tentang rahsia-rahsia dan peninggalan-peninggalan Nabi Sulaiman a.s  / Solomon.

Banyak lagi yang perlu dikaji dan dibicarakan dalam hal ini .......

Wallahu a'lam.






Sila klik untuk besarkan saiz gambarajah ini


Rujukan:

1 - Tafsir Azhar
2 - ancientmysteries.eu
3 - Wikipedia
4 - detikislam.blogspot.com
5 - actual.co
6 - Al-Bidayah wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir


p/s: Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah AlQuran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya dan tidak perlu dijadikan bahan untuk kita berkelahi dan bermusuh sesama sendiri.

Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja dan buat kerja masing-masing dengan baik.  Wallahu a'lam :)


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.