Selasa, 14 Mei 2013

Wallpaper Islamik - Mengapikan isu perkauman melanggar ajaran Islam

Mengapikan isu perkauman melanggar ajaran Islam - dr maza


Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.[Petikan dari artikel bertajuk MEREKA YANG MENGAPIKAN ISU PERKAUMAN MELANGGAR AJARAN ISLAM, oleh : Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin]

Kita semua berasal dari Nabi Adam a.s dan Hawa. Akibat peralihan zaman demi zaman, dan manusia berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat, berpisah dan terpisah, maka akhirnya kita dapati sekarang manusia sudah menjadi berpuak-puak dan pelbagai kaum dan bangsa.

Akan tetapi, zaman IT yang menyaksikan ledakan maklumat dan pelbagai medium untuk mendapatkan bahan bacaan ini, tidak seharusnya kita menutup lagi minda kita seperti minda lama. Kerana kita terutamanya Muslim sudah tahu bahawa manusia semuanya berasal dari Nabi Adam a.s, maka MENGAPA PERLU berpuak-puak dan membezakan kaum lagi?

Sepatutnya kita yang mengajar manusia bahawasanya manusia ini berasal dari keturunan yang sama, bukannya kita yang mengapi-apikan manusia agar semakin berpecah-belah dan bermusuhan antara kaum.  Yang baik tetap benar, yang jahat tetap salah, tanpa mengira bangsa atau kaum.  Wallahu a'lam .......

"Hai manusia, sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."  [Surah Al-Hujuraat : Ayat 13]

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.