Jumaat, 31 Mei 2013

Wallpaper Islamik - Bermegah-megah dengan masjid

Wallpaper Islamik - Bermegah-megah dengan masjid

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak berlaku hari kiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.  [Hadits Riwayat Abu Daud]

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.


[Petikan dari buku yang disusun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)]

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.