Rabu, 15 Mei 2013

Misteri api kekal di celah air terjun di New York

Bertahun-tahun, ahli-ahli sains berpendapat bahawa api kekal di New York telah dinyalakan oleh gas yang dihasilkan oleh batu-batu purba yang sangat panas.


Walau bagaimanapun, penyelidik-penyelidik dari Universiti Indiana telah mendapati bahawa batu-batu di bawah Chestnut Ridge County Park tidak cukup panas untuk mengeluarkan gas ini, yang bermaksud ada satu proses lain menghasilkan gas yang menjaga pembakaran api ini.

Dan mereka tidak dapat mengenal pasti apa sebenarnya proses ini. Api kekal ini berada di belakang air terjun di barat New York.



Ia dikatakan telah dinyalakan beribu-ribu tahun yang lalu oleh orang asli rakyat Amerika.

Terdapat beratus-ratus api kekal 'semula jadi' di seluruh dunia, dan masing-masing dianggap dinyalakan oleh gas asli yang dihasilkan daripada batu-batu di bawahnya.



Sumber - Mail Online


MasyaAllah .......

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.