Jumaat, 3 Februari 2012

Toyota Corolla jadi kereta paling popular di dunia, dijual setiap 40 saat

Toyota Corolla telah mengatasi trak Fords F-series untuk menjadi kenderaan paling laris sepanjang masa.

Telah mencecah jualan global sekitar 37.5 juta buah sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1966.

Toyota Corolla jadi kereta paling popular di dunia

Kini generasi ke 10 Corolla dikilangkan di Jepun, Brazil, Kanada, China, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Filipina, Afrika Selatan, Taiwan, Thailand, Turki dan Venezuela.

Kejayaannya membawa berakhirnya rekod 24 tahun yang dipegang oleh trak pikap Fords F-series, dengan jualan melebihi 35 juta, kini berada di tempat kedua.

Toyota Corolla generasi pertama tahun 1966
Toyota Corolla generasi pertama tahun 1966

Di tempat ketiga Volkswagen Golf yang mempunyai jualan sehingga 27.5 juta.

Beetle VW muncul di tempat keempat dengan 23.5 juta dijual dan Ford Escort yang telah dijual 20 juta, di tempat kelima.

[Mail Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.