Isnin, 23 Januari 2012

Sharon Stone akui rasa hodoh selepas pembedahan

Sharon Stone akui rasa hodoh selepas pembedahan
Aktres Sharon Stone yang pernah mendapat jolokan wanita tercantik di dunia, mengakui pernah berasa dirinya menjadi hodoh selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak.

Stone, 53, yang menjalani pembedahan itu pada 2001 berpendapat dia tidak akan memperolehi semula kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu selepas pembedahan tersebut.

“Sisi pipi saya mengendur. Ketika itu, saya berasa pasti tiada siapa yang mahu bersama dengan saya lagi.

“Saya mengalami masalah kehilangan memori jangka pendek dan panjang selepas pembedahan itu.

"Bahagian betis kiri saya menjadi kebas. Saya mengalami masalah pendengaran di bahagian telinga kanan,” katanya yang dipetik mirror.co.uk.

Bagaimanapun, sejak itu Stone melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan semula kecantikan asalnya.

[IANS , mStar Online]


Kecantikan di dunia tidak kekal lama. Kecantikan di dunia adalah kehodohan jika dibandingkan dengan ahli-ahli syurga. Semoga kita berusaha beramal mencari bekal untuk mendapat kebaikan yang tidak terhingga di akhirat, kerana jika mendapat kecantikan di dalam syurga di akhirat, ianya akan berkekalan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan berkat ke atas kita, amin .......

1 ulasan:

  1. External beauty... once gone can never be found again..

    Its beauty from the heart that will be for eternity...

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.