Sabtu, 14 Januari 2012

Perpustakaan Kabul melancarkan Al-Quran terbesar di dunia

Mohammad Saber Yaqoti Hussaini Khedri mengatakan bahawa dia dan sembilan pelajar telah mengambil masa selama lima tahun untuk menyempurnakan penulisan salinan AlQuran yang terbesar di dunia Islam, menurut The Associated Press.

AlQuran terbesar di dunia

Berukuran lebih daripada 7 kaki panjang dan 10 kaki lebar, 218 teks halaman dihiasi dengan 30 reka bentuk kaligrafi yang berbeza.

Majlis perasmian telah diadakan pada 12 Januari di hadapan tokoh-tokoh utama agama, ulama, cendekiawan dan pegawai-pegawai kerajaan serentak dengan pembukaan Hakim Nasir Khusraw Balkhi Cultural Center dan pameran seni di Kabul.

AlQuran terbesar di dunia

Projek ini diilhamkan dan ditaja oleh Alhaj Syed Mansoor Naderi, personaliti yang terkenal dan pemimpin agama mazhab Syiah Ismailiyyah di Afghanistan.

[AFP , AP , MSNBC]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.