Khamis, 26 Januari 2012

Perompak bank tertembak kaki sendiri

Perompak bank ini tertembak dirinya sendiri di kaki ketika merompak baru-baru ini di Brazil, mungkin baru pertama kali pegang pistol agaknya.

Rakaman CCTV menunjukkan perompak berjalan ke dalam bank di utara Parana, Brazil, bersama-sama dengan dua lelaki bersenjata yang lain dan menuntut supaya kakitangan bank menyerahkan wang tunai.

Dan semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah seorang perompak yang mengawal di pintu gatal tangan menarik picu pistol dan tertembak kaki kanannya.

Setelah selesai merompak, mereka keluar beramai-ramai dengan perompak yang tertembak kaki sendiri itu berjalan terhenjut-henjut kerana kesakitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.