Khamis, 26 Januari 2012

Penggodam Arab lancarkan serangan baru di laman web Israel

Penggodam Arab lancarkan serangan baru di laman web Israel
Penggodam Arab mendakwa bertanggungjawab pada hari Rabu bagi beberapa siri serangan ke atas laman-laman web terkemuka Israel, termasuk akhbar harian iaitu Haaretz.

Serangan cyber terhadap laman web Israel telah meningkat sejak awal bulan ini, ramai di antaranya diakui dilakukan oleh penggodam (hacker) Arab.

Dalam mesej di Twitter, sayap Palestin penggodam global kolektif Anonymous mendakwa bertanggungjawab menyerang laman bahasa Ibrani Haaretz, yang masih tidak beroperasi pada akhir Rabu.

Bahagian Bahasa Inggeris akhbar itu juga disasarkan tetapi beroperasi semula pada sebelah petang.

Mangsa-mangsa lain termasuk dua hospital Tel Aviv dan Israel Festival, satu acara utama kebudayaan di negara Yahudi itu. Pada laman utamanya, keluar slogan "Free Palestin" dan "Death to Israel", manakala muzik Arab berkumandang di latar belakang.

Penggodam Arab telah sejak awal Januari menyasarkan banyak laman web termasuk bursa saham Tel Aviv, syarikat penerbangan kebangsaan El Al dan anggota bomba tempatan.

Penggodam juga mengepos butir-butir daripada berpuluh-puluh ribu kad kredit rakyat Israel.

Penggodam Israel telah melancarkan beberapa serangan balas, walaupun kerajaan Israel telah meminta mereka agar menahan diri.

[AFP , AlArabiya News]

2 ulasan:

  1. NWO??????

    NEW WAR ORDER???

    BalasPadam
  2. Salam 1 Malaysia!
    Terbaru 2013 Program 'Usahawan LifePharm Global Network'
    Jom sertai Kami Dalam LpgnXtreme Team
    Dan Mulai Jana Pendapatan Lumayan Secara Harian terus ke akaun bank anda.
    Perolehi US Dollar pada Setiap Minggu & Wang Tunai pada Setiap Hari,
    terus ke akaun bank anda!!
    Dengan Bermodalkan Hanya RM50.00 Sahaja!
    Nak tau cara-cara nak dptkan Duit Power?
    Daftar Segera dan sms saya!!

    Daftar segera di sini:

    http://zapit.nu/2bU


    "Selamat Berjaya Bersama Group Kami"

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.