Selasa, 31 Januari 2012

Muslim Amerika tolak pemisahan Hukum Syariah

Muslim Amerika tolak pemisahan Hukum Syariah
Sebuah kajian terbaru yang berdasarkan pada wawancara dengan lebih daripada 200 Muslim Amerika Utara menyimpulkan larangan "undang-undang syariah" daripada sistem mahkamah merupakan reaksi berlebihan. Wilayah Oklahoma, Tennessee, dan Louisiana baru-baru ini melarang hakim untuk mempertimbangkan undang-undang syariah.

Persoalan undang-undang syariah kembali sepi ketika capres Parti Republik, Newt Gingrich, menyeru untuk melarang undang-undang persekutuan syariah. Sementara rakan calon presiden parti Republik yang lain, Rick Santorum, berkata undang-undang syariah sebagai "ancaman eksistensial" bagi Amerika.

Penelitian kualitatif oleh University of Windsor yang dipimpin oleh profesor undang-undang Julie MacFarlane cuba menggali pandangan dari sisi umat Islam AS. MacFarlane mewawancarai 101 lelaki dan wanita Muslim, 41 imam dan tokoh masyarakat dan 70 profesional tentang penggunaan undang-undang Islam dalam kehidupan sehari-hari mereka.

MacFarlane meminta para responden apakah mereka berfikir mahkamah Amerika perlu melaksanakan undang-undang Islam dengan non-Muslim dalam sistem undang-undang. Semua dari mereka mengatakan tidak.

Tiga imam yang dibuat kajian mengatakan mereka ingin mahkamah keluarga selari dengan undang-undang Islam di mana Muslim boleh menyelesaikan masalah undang-undang mereka. Tapi idea ini tidak popular bagi responden lain, yang selesa dengan sistem mahkamah yang berasingan dan sekular.

Contoh kajian itu tidak rawak, dan penemuan MacFarlane tidak digeneralisasikan untuk komuniti Muslim Amerika secara keseluruhan. Tetapi kajian masih menawarkan paparan yang jarang ditemui ke atas sikap Muslim tentang syariah.

MacFarlane mula membuat penelitian selepas sekumpulan kecil Muslim di Toronto mengemukakan petisyen kepada kerajaan pada tahun 2003 untuk mendirikan sebuah mahkamah keluarga berasingan. Mereka meminta khusus untuk masalah keluarga, dikuatkuasakan undang-undang syariah.

Bandar ini sebelumnya sudah mempunyai seperti mahkamah untuk Katolik dan Yahudi. Permintaan itu akhirnya ditolak - mencetuskan protes di Kanada dan nun jauh di London, Vienna, dan Paris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.