Isnin, 19 Disember 2011

Wanita ini alahan pada air, tidak boleh menangis dan mandi

Wanita ini alahan pada air
Wanita berusia 26 tahun ini alah / alergi pada air - dan tidak boleh mengalirkan air mata tanpa mendapat ruam.

Puan Dell mengalami aquagenic urticaria, yang bermakna dia tidak boleh mandi, menonton filem-filem sedih atau keluar dalam hujan.

Beliau malah terpaksa melepaskan kerjanya sebagai guru tarian di Flint, North Wales, kerana peluh menyebabkannya menjadi gatal-gatal.

Mimpi ngeri Puan Dell bermula satu dekad yang lalu, apabila dia mengalami reaksi kepada penicillin.

Puan Dell bergantung kepada suaminya, Andy, untuk melakukan kebanyakan kerja-kerja di sekitar rumah.

Walaubagaimana pun dia berkata, "Saya enggan mengalah kerana kehidupan mesti diteruskan."

[Metro - 16 Disember 2011]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.