Rabu, 21 Disember 2011

Mencontohi kepimpinan Nabi Ibrahim a.s

Mencontohi kepimpinan Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim al-Khalil, adalah model ideal seorang Pemimpin Umat. Kepimpinan umat manusia diberikan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Ibrahim a.s setelah melewati berbagai ujian dalam bentuk Perintah dan Larangan.

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim"." (Surah Al-Baqarah : Ayat 124)

Menurut sebahagian ulama, di 'beberapa kalimah' dalam ayat ini, berkaitan dengan Perintah dan Larangan Allah s.w.t dalam konteks ritual Haji (Ibadat) dan pensucian diri (thaharah). Kebersihan di sini bererti kebersihan lahiriah mencakup kebersihan dan kesucian 5 bahagian kepala dan badan.

Secara implisit, kebersihan lahiriah adalah cermin dari kebersihan jiwa dan fikiran dari seseorang calon Pemimpin. Secara umum, kebersihan dan kesucian berakar pada sebagai aqidah yang bersih dan lurus (Fitrah Allah). Dari penjelasan di atas, dapat diambil pelajaran bahawa 'kebersihan' adalah syarat pertama bagi seorang calon Pemimpin.

Dalam konteks lebih luas, ujian kepemimpinan Ibrahim a.s, sebagaimana dapat difahami dari pendapat Ibnu Abbas r.a, meliputi ujian intelek, rohani (keimanan), dan emosional (keberanian dan kesabaran).

Kematangan akal dan fikiran Ibrahim a.s telah teruji dalam perjalanannya mencari Tuhan serta caranya berwacana dan beradu argumentasi. Keimanan Ibrahim a.s adalah keimanan yang bulat dan utuh, iaitu aqidah yang bersih lagi saksama.

Semuanya dicapai dengan mata telinga, berakal sihat, dan hati jujur. Puncak keimanannya telah terbukti dalam bentuk penyerahan diri secara menyeluruh serta kepatuhannya terhadap (Perintah dan Larangan) Allah Tuhan Semesta Alam.

"Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab, "Aku tunduk patuh kepada Tuhan Semesta alam"." (Surah Al-Baqarah : Ayat 131)

Keberanian Ibrahim a.s telah terbukti dan teruji dari sikapnya terhadap kemapanan atau status quo. Dengan tegas ditolaknya ajakan orangtua, kaum, bahkan penguasa untuk mempersekutukan Allah s.w.t. Semua itu dilakukannya dengan cara-cara yang cerdas dan elegan, sebagaimana diabadikan dalam Al-Quran.

Kesabaran Ibrahim a.s teruji ketika dia dilemparkan ke dalam api. Ujian lebih lagi adalah ketika Ibrahim a.s harus berhijrah meninggalkan tanah airnya. Kesabaran Ibrahim a.s diuji lagi ketika mesti meninggalkan anak dan isterinya di tengah lembah yang sepi dan tandus, tanpa sokongan logistik yang memadai.

Ujian lain bagi Ibrahim a.s adalah kesabarannya dalam menjamu para tamu, di tengah-tengah keterbatasannya secara kewangan dan kebendaan. Puncak tertinggi ujian kesabaran bagi Ibrahim a.s adalah ketika dia diperintahkan untuk mengorbankan puteranya Ismail a.s.

Kesabaran Ibrahim a.s adalah kesabaran individu dengan sokongan kukuh dari keluarganya. Itu tercermin dari sikap Hajar ketika wanita mulia itu dan bayinya akan ditinggalkan di tengah lembah yang tak berpenduduk. Sokongan kukuh yang sama tercermin dari sikap Ismail a.s ketika diminta pendapat tentang mimpi ayahnya.

Belajar dari ujian kepemimpinan Ibrahim a.s, jelas bahawa 'kebersihan' adalah pra-syarat bagi seorang pemimpin. Lebih-lebih lagi, kecerdasan intelek, rohani, dan emosional (keberanian dan kesabaran) adalah syarat penting bagi calon Pemimpin Umat. Semuanya mesti terbukti dalam perkataan, sikap, dan perbuatan dan teruji oleh waktu.

Lebih jauh lagi, Ibrahim a.s adalah seorang pemimpin yang memiliki visi masa depan, sebagaimana tercermin dalam doa dan harapannya, tentang negeri Mekah dan Kaabah yang dibangunkannya bersama Ismail, tentang usaha anak keturunannya di masa depan.

Semua itu di dalam bingkai "dakwah yang berterusan", bukan kerana nafsu mahukan kekuasaan. Harapannya, ketika Allah s.w.t mengangkatnya sebagai khalifah seluruh manusia, maka anak ketururannya akan lahir pula sebagai Pemimpin Umat.

Doa Ibrahim a.s dijawab langsung oleh Allah S.W.T, dengan syarat mereka tidak berlaku zalim (mempersekutukan Allah S.W.T dan / atau berbuat tidak adil). Sejarah mencatat bahawa dari anak keturunan Ibrahim a.s, telah lahir para nabi dan rasul yang juga adalah Pemimpin Umat.

Di antaranya adalah Nabi dan Rasul kita, Muhammad S.A.W, Pemimpin Umat manusia hingga akhir zaman. Di tengah-tengah kita kini hidup pula Ulama pewaris nabi, para Penjaga al-Quran dan as-Sunnah. Wallahu'a'lam.

[Rahmat Saptono , Republika]


Para nabi termasuk Nabi Ibrahim a.s diuji dengan ujian yang sangat berat, walaupun mereka adalah kekasih-kekasih Allah dan taat pada Allah. Adakah kita dengan mudah-mudah mahu masuk syurga tanpa ada ujian-ujian yang besar. Apa lagi kita yang banyak dosa dan kurang amalan.

Tambahan lagi, orang zaman sekarang ramai yang memuliakan pemimpin dan ilmuan yang banyak harta dan kuasa. Harta benda pula yang jadi ukuran! Berat nananananang , Ganu kiter!

Fikir-fikirkan dan insaf-insaf lah ya ayyuhal ikhwah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.