Sabtu, 31 Disember 2011

Lelaki dihentam oleh mayat terbang

Foto kredit: Patrick Janicek
Lelaki dihentam oleh mayat terbang
Bordeaux, Perancis - Penumpang-penumpang keretapi menyaksikan kengerian pada hari Khamis lalu apabila tubuh seorang manusia yang dilanggar oleh kereta api telah terbang ke udara, menghentam penumpang lain yang menunggu di platform stesen.

Kemalangan di stesen keretapi berhampiran dengan bandar barat daya Bordeaux itu meninggalkan seorang mati dan seorang lagi cedera parah.

Lelaki yang mati, berusia 19 tahun, telah terbunuh semasa merentasi landasan di stesen Cestas-Gazinet barat daya bandar itu.

Akhbar tempatan Sud-Ouest memberitahu, nama lelaki tersebut ialah Medhi Nedjar. Akhbar itu melaporkan pada hari Jumaat bahawa dia telah berada di stesen dengan kawan-kawan apabila dia berkata mahu pergi ke platform lain.

Daripada mengambil laluan bawah tanah, beliau memutuskan untuk menyeberangi landasan.

Nedjar tidak melihat kereta api pantas yang menghampirinya dari arah bertentangan. Keretapi itu melanggarnya, dan dia mati dengan serta-merta.

Tubuh beliau telah melayang ke udara akibat kesan langgaran, menghentam orang lain yang berdiri di atas platform stesen.

Penumpang yang berusia 41 tahun itu cedera parah dan telah dibawa ke hospital di Bordeaux di mana beliau pulih daripada kecederaan yang dialami.

[thelocal.fr]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.