Sabtu, 26 November 2011

Yoga dan Harry Potter adalah kerja syaitan, kata Ketua Penghalau Hantu di Vatican

Ketua Penghalau Hantu di Vatican
Father Gabriel Amorth telah melakukan lebih daripada 70,000 ritual menghalau hantu dalam keupayaannya sebagai Ketua Penghalau Hantu di Vatican.

Lelaki berusia 85 tahun itu boleh berbangga 25 tahun dalam jawatan itu selepas dilantik oleh mendiang Pope John Paul II.

Pada sidang hari ini (25 Nov), beliau mengejutkan perwakilan dengan mendedahkan beberapa yang dia paling tidak suka, iaitu yoga dan Harry Potter.

Father Amorth berkata, "Mengamalkan Yoga membawa kejahatan sepertimana membaca Harry Potter. Kedua-duanya mungkin kelihatan tidak berbahaya tetapi kedua-duanya berhadapan dengan sihir dan yang membawa kepada kejahatan."

yogaBeliau menambah, "Yoga adalah kerja Iblis. Anda fikir anda lakukan untuk regangan minda dan badan anda tetapi ia membawa kepada agama Hindu. Semua agama timur ini adalah berdasarkan kepercayaan palsu penjelmaan semula.

"Syaitan sentiasa tersembunyi dan apa yang dia paling mahu adalah untuk kita tidak percaya kepada kewujudannya. Dia mengkaji setiap seorang daripada kita dan kecenderungan kita ke arah yang baik dan jahat, maka dia menawarkan godaan. Sains tidak berupaya menjelaskan tentang syaitan," kata Father Amorth, yang telah menulis dua buah buku mengenai pengalaman beliau sebagai Exorcist (penghalau hantu).

Harry PotterFather Amorth sebelum ini telah berkata bahawa orang-orang yang dirasuk oleh Iblis akan muntah serpihan-serpihan kaca dan kepingan besi dan mempunyai kekuatan luar biasa, dimana walaupun kanak-kanak mesti ditangani oleh empat orang.

Beliau juga mendakwa bahawa skandal penyalahgunaan seks yang telah melanda Gereja Katolik di Amerika Syarikat, Ireland, Jerman dan negara-negara lain adalah bukti bahawa Anti-Kristus melakukan peperangan terhadap Holy See.



Paderi Kristian pun memberi amaran tentang bahaya buku dan filem Harry Potter dan seumpamanya, yang mana seperti mahu mengajak manusia meminati sihir dan menghalalkannya. Bagaimana pula pandangan mufti-mufti Islam? Adakah hanya perlu berdiam diri tentang perkara ini? :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.