Rabu, 30 November 2011

Sule diganggu hantu pontianak Tol Cipularang

arwah kuntilanak duyung
Selain kerap berlaku kemalangan di KM 97 Tol Cipularang, Jawa Barat, juga munculnya penampakan-penampakan kelibat misteri. Seperti yang dialami oleh Sule. Dalam filem perdananya, Arwah Kuntilanak Duyung keluaran K2K Production, Sule dikejutkan dengan munculnya jelmaan yang menakutkan.

"Saya diganggu oleh hantu yang kelibatnya seperti pontianak di KM 97 Tol Cipularang," kata Sule, pelawak kelahiran Bandung, Jawa Barat, 15 November 1976 ini.

Produser KK Dheeraj menambah, misteri yang dihadapi tak hanya di situ. "Ketika Sule beradegan dengan Dewi Perssik (Dewi Persik @ Depe), terjadi keanehan. Tiba-tiba Sule ketakutan melihat Depe. Dia melihat wajah Depe berubah sangat menyeramkan," terang Dheeraj pada wartawan.

Sule. Foto kredit: detik.com

Menurut produser yang pernah mendatangkan bintang porno Terra Patrick, Vickky Vette dan Misa Campo ini, tidak mudah mengajak Sule berlakon filem kerana jadualnya yang sangat padat.

"Ini sangat luar biasa kerana akhirnya Sule boleh membahagi masa untuk filem ini," katanya. "Dan tambah sempurna kerana Sule berlakon bersama Depe. Ketika ini mereka adalah bintang besar," tambahnya.

Sule pun mengaku senang berlakon dalam filem seram romantis dan menarik itu, kerana dapat bersama dengan Depe. Dia juga tidak serik meskipun pernah melihat wajah Depe berubah menyeramkan.

[postkota.co.id]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.