Jumaat, 7 Oktober 2011

Tupai mengganggu permainan besbol di TV

Sedang penonton memberi tumpuan kepada pemain-pemain besbol beraksi, tiba-tiba muncul seekor tupai buat kecoh. Beberapa kamera pun hanya fokus kepada tupai tersebut.

Kejadian agak lucu ini berlaku ketika pasukan Phillies menentang Cardinals di Stadium Busch, St. Louis, Missouri, AS, dan ianya disiarkan secara langsung di televisyen.

Ini merupakan kali kedua tupai datang mengganggu perlawanan besbol di situ. Mungkin dia tak puas hati kerana orang tak ajak dia main sama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.