Jumaat, 7 Oktober 2011

Sejarah Haji Nabi harus jadi rujukan awal

Sejarah Haji Nabi harus jadi rujukan awal
Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel Surabaya mempunyai doktor haji iaitu Dr KH Imam Ghazali Said MA yang menulis kertas kerja bertajuk "Manasik Haji Rasulullah S.A.W".

"Kalau kita menggunakan Sirah Nabawiah (sejarah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W), insya-Allah perbezaan pendapat umat tidak akan mencetuskan konflik," katanya dalam ujian terbuka di kampus tempatan, Khamis petang.

Dia mengemukakan hal itu dalam ujian terbuka yang dipimpin promotor Prof Dr H Ahmad Zahro MA dan sejumlah penguji, di antaranya Prof Dr HM Ridlwan Nasir MA (IAIN Surabaya) dan Prof Dr Hj Amany Lubis MA (UIN Jakarta).

Menurut pengasuh Pesantren Mahasiswa An-Nur, Wonocolo, Surabaya itu, 'Sirah Nabawiah' hendaklah dijadikan landasan hukum, lalu baru menggunakan Fiqh (hukum agama), kerana hal itu akan membuat orang menjadi tahu perilaku nabi.

"Kalau terus menggunakan fiqh, maka orang akan mudah berbeza pendapat dan saling mempertahankan pendapatnya sehingga terjadi konflik, tapi kalau menggunakan Sirah Nabawiah akan menjadi tahu bahawa Nabi menjalani agama dengan serangkaian tahapan," katanya.

Misalnya, Sayid Sabiq yang mengharamkan qunut dalam Solat Subuh dengan menggunakan hadis tertentu, sedangkan mereka yang menggunakan qunut memakai hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik.

"Padahal, nabi membaca qunut ketika ada Anas bin Malik menjadi makmum, lalu ketika Anas bin Malik tidak menjadi makmum, nabi ternyata tidak membaca qunut. Ertinya, nabi melakukan kedua-duanya dan keduanya sama-sama sah, sehingga kita tidak perlu bertengkar," katanya.

Hal itu juga terjadi dalam Haji. "Kalau ibadah haji justeru lebih mudah, kerana nabi beribadah haji hanya sekali dalam hidupnya," kata Imam Ghazali yang juga pensyarah Fakulti Adab IAIN Surabaya dan pimpinan KBIH Takhobbar Surabaya itu.

Dalam ujian itu, Dr KH Imam Ghazali Said MA meraih predikat "Sangat Memuaskan." "Kalau dari aspek penemuan baru, beliau seharusnya meraih Summa Cumlaude, tapi kerana masa kajian yang lama, ya Sangat Memuaskan," kata promotor Prof Dr H Ahmad Zahro MA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.