Ahad, 16 Oktober 2011

Motosikal yang dikuasakan oleh najis manusia

Kalau sebelum ini, saintis Jepun pernah muncul dengan daging burger yang diproses dari najis manusia, kini muncul pula syarikat pembuat tandas Jepun yang memperkenalkan motosikal yang menggunakan bahanapi dari najis manusia.

Motosikal yang dikuasakan oleh najis manusia

Pengilang tandas Jepun iaitu TOTO telah mencipta motosikal mesra alam, yang dilengkapi dengan tandas yang luar biasa yang menukarkan sisa buangan manusia kepada bahan api bio untuk menghidupkan enjin motosikal.

Projek yang dikenali sebagai Toilet Bike Neo ini, adalah sebahagian daripada inisiatif Cabaran Hijau Toto untuk menggalakkan matlamat-matlamat firma mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Ada yang kata geli membayangkan kita bawa najis @ tahi dalam mangkuk tandas atas motosikal itu. Tetapi adakah anda sudah cukup imaginasi? Mungkin tertinggal sedikit lagi imaginasi, kerana hakikatnya, setiap hari anda membawa tahi dalam perut anda, tidakkah anda geli? :P

Bagaimana bau asapnya ya? Anda boleh cuba hidu sendiri untuk mengetahuinya .......



[tototalk.jp]

2 ulasan:

  1. Pak unik ada bike kan? Boleh lah tukar tangki minyak ke toilet bowl. Klau tak cukup sisa buangan bleh lah mintak ngan org. Sonoh bah itu. Jimat pungggg......
    Bau Asap? Mungkin tak kluar asap kot..
    Hmmm.. cmna eh? Tak leh nak bayangkan neh.. sape nak bonceng?... ;))

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.