Ahad, 16 Oktober 2011

Kamera bola - rakam gambar panorama 360 darjah apabila dilambung ke udara

Kamera baru ini akan membolehkan pengguna untuk melihat bagaimana rasanya untuk mempunyai kedua-dua mata di langit dan mata di belakang kepala anda. Sila tengok video di bawah untuk mengetahui kecanggihannya.

Kamera bola - rakam gambar apabila dilambung ke udara

Kamera ini berbentuk bulat dan dipanggil kamera bola panorama yang boleh dilontar. Nama sebenar projek ini ialah 'Throwable Camera Array for Capturing Spherical Panoramas'.

Dicipta oleh lima pereka grafik di Berlin, kamera ini menggunakan 36 kamera telefon mudah alih untuk menangkap gambaran apa yang sedang berlaku di sekeliling.

Kamera bola - rakam gambar apabila dilambung ke udara

Pengguna hanya perlu lambungkan kamera ke langit dan ia diprogramkan untuk mengambil gambar sebaik sahaja ia sampai ke kemuncak lambungan (mungkin Mail Lambung suka dengan produk ini).

Gambar ini kemudiannya boleh dimuat turun ke komputer dan pengguna mampu untuk 'zoom in' dan klik pada semua bahagian gambar, sekali gus membolehkan mereka untuk melihat apa yang berlaku pada jauh di belakang mereka pada bila-bila masa bahawa gambar itu diambil.

Kamera bola - rakam gambar apabila dilambung ke udara

Mengklik melalui bahagian-bahagian yang berlainan gambar 360 darjah adalah serupa dengan menggunakan Google Street View, di mana dengan klik pada tetikus, pengguna mampu untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci detail tertentu.


Ia tidak dijual lagi, walaupun laman web pencipta mengatakan bahawa mereka sedang mencari pembiayaan untuk menghasilkan produk pada skala yang lebih besar.

Lima pencipta yang terlibat adalah Jonas Pfeil, Kristian Hildebrand, Carsten Gremzow, Bernd Bickel dan Marc Alexa, semua mereka berpengkalan di Berlin.

Projek ini berpunca daripada tesis diploma Encik Pfeil dan Encik Alexa, dan Encik Gremzow adalah penasihat dalam projek ini.



[jonaspfeil.de , SlashGear , Mail Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.