Selasa, 18 Oktober 2011

Ikan makan ikan hingga mati tercekik

Ikan pike seberat 12 paun ini cuba menelan ikan kap besar, tetapi nampaknya tidak begitu berjaya, hingga membuatkan ia mati tercekik sebelum kenyang.

Ikan pike makan ikan kap besar hingga mati tercekik

Ikan yang panjangnya 3 kaki ini ditemui terapung di atas permukaan perikanan Suffolk dengan ikan kap 3 paun tersumbat dalam tekak selepas mati tercekik ketika cuba menelan mangsanya.

David Walker, yang memiliki Hermitage Fisheries di Clare, berhampiran Sudbury, England, disedarkan selepas ikan itu dikesan di tengah-tengah kolam oleh seorang pemancing biasa.

Ikan pike makan ikan kap besar hingga mati tercekik

Encik Walker, seorang petani yang telah menghabiskan selama 15 tahun membina kawasan perikanan itu, berkata beliau terkejut dengan apa yang telah dilihatnya.

Beliau berkata, ikan Pike memang diketahui makan itik dan mungkin ikan sehingga 1 paun, tetapi tidak saiz itu.  Mungkin kali ini ikan tersebut sudah menjadi tamak ataupun cuba membuat ujikaji (trial and error) dengan memakan ikan yang lebih besar dari biasa.

Ikan pike makan ikan kap besar hingga mati tercekik

[Mail Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.