Rabu, 19 Oktober 2011

Ibu lahirkan anak berkaki mirip ikan Duyung

Ibu lahirkan anak berkaki mirip ikan DuyungMaria Elizabeth warga RT 06 Kampung Garam Kelurahan Kota Uneng, Kabupaten Sikka, NTT, pada hari Selasa (18/10/2011) telah melahirkan seorang anak yang kakinya mirip ekor ikan duyung.

Namun demikian bayi yang diberi nama Maria Oktaviani terus meninggal pada petang harinya sekitar pukul 17.00 Wita.

Menurut Maria, kaki anaknya mirip duyung dan mungkin ada kaitan dengan mimpi yang pernah dia alami.

Janji Maria dengan Ikan Duyung yang hadir dalam mimpi ketika usia kandungannya genap tiga bulan. Perjanjian itu antara lain Ikan Duyung menjanjikan bahawa rahim yang ada di dalam kandungan Maria akan membawa rezeki berlimpah bagi keluarganya.

Dengan syarat-syarat, Pertama, Maria Elisabeth perlu menamakan anak itu Puteri Duyung. 

Kedua, sesaat setelah dilahirkan menyimpannya di dalam tab.

Dan yang terakhir, tidak menceritakan kepada sesiapa tentang perjanjian kedua-dua belah pihak itu. Jika ianya dilanggar, maka salah seorang di antara ahli keluarga mereka akan menjadi mangsa, ujar Maria kepada Pos Kupang, di Rumah duka di Kampung Garam, Rabu (19/10/2011).

Masih dalam mimpi, permintaan ikan duyung untuk menamakan anak dalam rahimnya itu Puteri Duyung ditolak mentah-mentah oleh Maria.

"Kami kecoh di pantai. Dia minta saya menamakan anak saya Puteri Duyung. Tapi saya beritahu pada dia. Saya tidak mahu, kami manusia dan kamu ikan. Tapi dia menjawab, kami juga manusia, jangan takut," demikian Maria mengulangi kenyataan Ikan Duyung di dalam mimpi.

Maria mengakui, telah menceritakan mimpi-mimpi itu kepada suaminya kerana takut. Juga dirinya sebelum anak itu lahir, sudah menyiapkan nama untuk anak itu, "Maria Oktaviani" kalau dia perempuan dan Mario Oktaviano, kalau dia laki-laki. Maria menolak menamakan anak itu 'Puteri Duyung'.

Maria menuturkan, beberapa kali Ikan Duyung itu meyakinkan dirinya agar tidak takut. Kerana kanak-kanak dalam rahimnya itu akan membawa rezeki besar untuk keluarganya.

Maria tidak menceritakan rezeki apa yang dijanjikan Ikan Duyung dalam mimpinya itu. Namun kalau Maria menepati janji, maka anak itu membawa kelimpahan rezeki untuk keluarganya.

Maria menambah, jika dirinya menepati janji itu, kanak-kanak itu akan hidup dalam air dan bersama keluarga hanya empat bulan. Setelah itu dibawa pergi oleh Ikan Duyung itu.

Maria menuturkan hal itu dengan cukup lancar. Namun ibu yang hari-hari menawarkan perkhidmatan cuci pakaian di rumah-rumah penduduk di Bandar Maumere ini tidak boleh menyembunyikan ketakutannya. Kerana dalam mimpi itu, ikan duyung mengancam akan mengambil salah seorang ahli keluargannya kalau melanggar janji.

Ancaman itu menjadi kenyataan kerana ketika dilahirkan, sang anak pun meninggal pada petang hari.



Pada tahun 2009 dulu pernah juga seorang bayi lahir di China dengan mengalami 'sindrom duyung', iaitu kaki bercantum hingga menjadi seperti sirip ikan duyung. Mungkin ianya sama dengan kes yang berlaku di atas.


Teringat pula kisah siduyung kecil yang bernama Shiloh Pepin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.