Selasa, 11 Oktober 2011

Gambar meteor di celah aurora yang menakjubkan

Gambar yang luar biasa ini telah dirakam dalam kamera pagi semalam oleh pemenang anugerah jurugambar British.

Gambar meteor di celah aurora

Shot sekali seumur hidup ini, iaitu Aurora menakjubkan dengan meteor Draconid melaluinya, telah diambil oleh Antony Spencer, dari Gillingham, Dorset, England.

Beliau kerap membawa jurugambar amatur melalui landskap Scandinavia dalam usaha untuk membantu mereka merakam Cahaya Utara (Northern Lights).

Lelaki berusia 30 tahun itu, yang meninggalkan kerjanya sebagai tukang batu selepas memenangi Landscape Photographer of the Year pada tahun 2010, menggunakan sistem GPS untuk membantu mencari tempat yang sempurna untuk menangkap Cahaya Utara.

[Mail Online]

SubhanAllah .......

p/s: Kepada mereka yang tidak faham lagi tentang kesan dari lakukan teknik 'Long exposure' ketika menembak, Aurora dalam gambar di atas menjadi seolah-olah bergerak (motion blur) adalah kerana pendedahan yang lama dilakukan.

Maka kamera merakam dari permulaan aurora itu dirakam hingga kamera tersebut siap rakam. Contohnya jika long exposure dilakukan selama 5 minit, maka selama 5 minit itulah pergerakan aurora dirakam, yang menimbulkan kesan seperti motion blur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.