Rabu, 5 Oktober 2011

FBI samakan Islam dengan Nazi

FBI samakan Islam dengan Nazi
Dalam diam-diam, FBI melatih para agennya untuk bersikap 'lebih waspada' terhadap kaum Muslim. Menurut laporan American-Islamic Relations (CAIR) Washington, agen FBI terus-menerus dilatih untuk melihat arus utama Muslim Amerika dengan kecurigaan dan untuk melihat agama Islam itu sendiri sebagai sumber keganasan dan ekstremisme.

Pada hari Isnin, 3 Oktober, American-Islamic Relations (CAIR) Washington bergabung dalam satu kerjasama kelompok masyarakat di sebuah sidang akhbar di Seattle untuk mendedahkan kebimbangan tentang laporan ini.

Sidang akhbar itu memaparkan seorang pemimpin komuniti yang ikut dalam kelas yang diadakan oleh FBI untuk tahun 2011. Sumber itu menyatakan, semasa pendidikan, dibahagikan bahan-bahan yang mengaitkan Arab, Muslim, dan Islam dengan fahaman Nazi atau Nazisme.

Dokumen, yang ditandatangani oleh ejen FBI tempatan dan diedarkan di dalam kelas itu, menyatakan antara lain: "Perlu berhati-hati ... perbandingan propaganda Arab / Islam dan propaganda Nazi mendedahkan kedekatan kaitan ... saya akan menyarankan bahawa konflik saat ini adalah lanjutan dari polisi Nazi yang dilakukan oleh orang Arab ... "

Pada sidang akhbar, CAIR juga akan mengeluarkan sebuah surat kepada Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang ditandatangani oleh kerjasama sekurang-kurangnya 16 masyarakat, pekerja, dan organisasi lintas sektor yang meminta siasatan ke dalam pola bias dan latihan tidak tepat yang diberikan oleh FBI.

CAIR juga memperingatkan bahawa FBI nampaknya terus mengupah seorang penganalisis kontraterorisme yang salah memahami Islam dan ajarannya.

Sebelumnya, seorang penganalisis FBI mengatakan kepada agen-agen FBI bahawa 'aliran utama' Muslim Amerika mungkin orang yang simpati kepada pengganas, bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin kultus, dan bahawa zakat dan sedekah dalam Islam adalah sebahagian daripada mekanisme pembiayaan untuk pertempuran.

CAIR baru-baru ini menghantar surat kepada Pengarah FBI, Robert Mueller, menyeru tindakan segera untuk reformasi pengajar anti-Muslim dan bahan Islamofobia selama latihan kontraterorisme.

FBI mengatakan akan "melakukan tinjauan menyeluruh dari semua latihan dan bahan-bahan referensinya '. Namun, hingga kini, apa yang dikemukanan FBI hanya' omong kosong '.

[Republika , News Wire]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.