Sabtu, 8 Oktober 2011

Budak 12 tahun lawan perompak kedai barang kemas

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Turki dengan beraninya telah menangani perompak bersenjata yang cuba untuk merompak kedai barang kemas bapanya.

Rakaman CCTV ini menunjukkan, perompak itu pecah masuk ke kedai di daerah Bagcilar, Istanbul dengan memakai topeng pembedahan, dan cermin mata hitam.

Dia menarik keluar pistol dan mengarahkan pekerja kedai untuk mengisi beg dengan barang-barang kemas. Kemudian cuba mengacu pistol ke arah budak lelaki itu.

Budak berani itu menepis senjata api dan menolak penjenayah itu. Pistol dapat dirampas oleh pengawal dan perompak terpaksa melarikan diri dengan tangan kosong.

Pihak polis mengkaji rakaman kamera dan telah menangkap Mustafa S yang tinggal berhampiran kedai.

1 ulasan:

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.