Jumaat, 7 Oktober 2011

Aksi-aksi burung Anhinga menangkap ikan

Nampaknya bukan Bill Goldberg saja yang pandai 'spear' orang, tetapi burung ini juga pandai 'spear', tapi spear pada ikan lah.

Aksi-aksi burung Anhinga menangkap ikan

Burung Anhinga (Snakebird, Darter, American Darter, atau Water Turkey) telah mengesan ikan yang berenang di sungai berhampiran Miami, Florida, AS.

Ia kemudiannya mengejar melalui air selepas menyediakan tempat untuk makan malam. Selepas berenang, burung itu dengan kemahirannya akan mencucuk ikan dengan paruh dia.


Tetapi pemangsa itu kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala sebelum melontar ikan ke udara dan menangkap dengan mulutnya, lantas menelan bulat-bulat.

Anhinga licik itu boleh berenang seperti bot U dengan badan tenggelam di bawah garis air dan hanya leher menonjol seperti periskop.

Aksi-aksi burung Anhinga menangkap ikan

Adegan luar biasa ini telah ditangkap dengan kamera oleh Alfred Forns, seorang doktor gigi berusia 64 tahun yang juga dari Florida.

Aksi-aksi burung Anhinga menangkap ikan


Aksi-aksi burung Anhinga menangkap ikan

MasyaAllah .......

[Mail Online , Unikversiti]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.