Jumaat, 23 September 2011

Wanita-wanita lawan lembu di Portugal

Kalau biasanya kita lihat lelaki yang lawan lembu, yang biasanya digelar El Metador di Sepanyol, tetapi di Portugal dapat dilihat wanita-wanita pula yang lawan lembu.

Wanita lawan lembu di Portugal

Tapi nampaknya mereka lawan lembu beramai-ramai, dan yang dilawan pun bukan bapak lembu, tapi hanya anak lembu yang tidak berapa besar, 200 - 300 kg (440 - 660 paun).

Gambar-gambar ini menunjukkan satu kumpulan yang diberi nama Forcadas di Benavente, Portugal. Ia adalah satu-satunya kumpulan wanita yang ditubuhkan untuk melawan lembu di Portugal, oleh Susana Frieza, pada tahun 2008.

Wanita lawan lembu di Portugal

Pembunuhan lembu adalah menyalahi undang-undang di Portugal dan kumpulan Forcadas menang dengan melumpuhkan haiwan itu dengan tangan mereka.

Wanita lawan lembu di Portugal


Perlawanan lembu jantan Portugis adalah berbeza dan jauh kurang ngeri daripada versi Sepanyol di mana lembu jantan ditikam mati jika Matador berjaya memenangi perlawanan.

Dalam perlawanan lembu jantan tradisional Portugis, lapan lelaki 'forcados' mencabar lembu jantan secara langsung dengan tangan mereka tanpa apa-apa perlindungan senjata. Tanduk lembu jantan dibalut dengan kulit untuk mencegah apa-apa kecederaan.

[Foto oleh AFP]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.