Khamis, 1 September 2011

Video: Timelapse setahun dalam 40 saat

Biasa orang buat timelapse suatu landskap dalam masa sejam, sehari atau paling lama seminggu atau sebulan. Tetapi timelapse landskap dalam video dibawah dilakukan oleh Eirik Solheim dalam masa setahun untuk tontonan video selama 40 saat saja, huhu.

Timelapse setahun dalam 40 saat

Sungguh bersungguh dan tekun serta sabar sekali nampaknya tukang buat video ini menyiapkan video yang memakan masa setahun tetapi dapat tonton selama 40 saat saja. 



Dia bukan tinggalkan kamera di tempat yang sama sepanjang masa, tetapi dia telah menandakan tempat untuk letak kameranya setiap kali dia datang untuk merakam.  Gambar di bawah menjelaskannya.




Kemudian dia akan masuk dalam Photoshop pula untuk buat 'alignment' gambar-gambar biar sama kedudukan walaupun tidak 100% tepat. 

Kerjanya ini telah dilakukan pada tahun 2008 yang lalu. 

1 ulasan:

  1. Timelapse 1 tahun untuk menghasilkan video 40 saat. Mungkin ini untuk kepuasan En Eirik Solheim sendiri. Apa pun cantik video nya cuma cam tak puas gitu. Terlalu cepat.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.