Selasa, 13 September 2011

Telinga kiri bayi berbentuk nama Allah di Sukabumi


Bayi dengan telinga berlafaz nama Allah
Sebelum ini pun pernah beberapa kali ada kejadian bayi lahir dengan telinga berbentuk nama Allah begini, termasuklah di Timur Tengah sana, wallahu a'lam wa subhanAllah .......

SUKABUMI , 8 September 2011  -  Daun telinga bayi berlafaz nama Allah dilihat di Kampung Legos RT 04 RW 06, Desa Nyangkoek, Kecamatan Cicurug, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat. Akibatnya, tidak sedikit penduduk sekitar datang ke situ kerana ingin melihat bayi yang diberi nama Sopan Sukri Al-Fariji ini. 

Anak kedua buah cinta dari pasangan Udin Saputra, 35 dan Nurjanah, 25, ketika ini sudah berusia satu bulan lebih. Sopan lahir dengan bidan tempatan pada Minggu (24/7/2011). Waktu lahir berat badan Sopan sekitar 2.8 kilogram dan panjang mencapai 49 sentimeter. 

Mulanya, kedua-dua orang tuanya tidak mengetahui bahawa anaknya mempunyai keanehan di daun telinganya. Namun, setelah dibawa pulang ke rumah, keanehan itu diketahui ibunya sendiri saat sang bayi digendong ayahnya. 

"Waktu lahir kita belum tahu. Saya tahu selepas kira-kira tiga hari kemudian waktu digendong bapanya saya lihat telinganya dan ternyata telinga kirinya berlafaz Allah, " akui Nurjanah kepada Pos Kota, Khamis (8 / 9) petang. 

Bayi dengan telinga berlafaz nama AllahMenurut Nurjanah, dirinya tidak mengalami keanehan apa-apa selama mengandungkan Sopan. Hanya saja, pada proses kelahiran tidak ada halangan apa pun. Malah, kelahiran anak keduanya diberitahu lebih lancar berbanding anak pertamanya. "Ini merupakan kekuasaan Allah S.W.T. Mudah-mudahan ini petanda baik bagi anak saya, keluarganya ke depannya, " harap Nurjanah. 

Di tempat sama, ayah kandung Sopan, Udin Saputra mengakui selama kelahiran dan sesudah lahir anak keduanya ada perbezaan mengenai rezeki yang diperolehi keluarganya. Menurutnya, untuk mendapatkan rezeki sebagai tukang terapi bekam, penyiar radio local, dan guru sekolah SMP swasta lebih mudah. 

"Alhamdulilah rezeki buat kami selama kandungan dan lahir ada perbezaan. Saya rasakan mendapatkan rezeki lebih mudah dan bertambah, " ungkap Udin. 

Udin mengharapkan dengan keanehan bayi telinganya bertuliskan lafaz Allah anaknya itu di kemudian hari menjadi ahli agama atau ulama. "Saya berharap anak saya menjadi orang yang berguna untuk agama, nusa dan bangsa," ujarnya. 

Sementara itu, dari pantauan di kediaman bayi yang mempunyai lafaz Allah di telinga sebelah kirinya hampir setiap masa dikunjungi jiran mahu pun saudaranya. Mereka datang untuk melihat langsung keanehan bayi ini. 

"Saya awalnya hanya mendengar khabar, kerana ingin tahu saya terus datang. Dan ternyata kalau dilihat saksama telinganya berlafaz Allah ya," ujar Dewi, penduduk sekitar.

[poskota.co.id]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.