Seorang profesor universiti yang disyaki mengetuai geng penunggang motosikal dan terlibat dengan dadah methamphetamine melarikan diri dari polis di California.
Profesor Steve Kinzey, dari Highland, California, AS, adalah sasaran enam bulan penyiasatan penyeludupan senjata dan narkotik .
Berusia 43 tahun, telah menjadi profesor madya kinesiology di California State University, San Bernardino, selama hampir 10 tahun.
Beliau juga dipercayai menjadi ketua kelab motosikal Devils Diciples.
Dalam serbuan di rumahnya di Highland minggu lalu, polis merampas lebih daripada satu paun methamphetamine, serta senapang, pistol, perisai badan dan jaket-jaket kulit.
Penyiasat percaya bahawa Profesor Kinzey menerima sejumlah besar methamphetamine daripada pembekal dan mengedarkan dadah kepada rangkaian peniaga.
Polis turut menemui suatu jumlah wang tunai yang tidak didedahkan di rumah itu dan berkata semua senjata api yang dirampas adalah tidak berdaftar.
[Daily Mail , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)