Isnin, 12 September 2011

Robot NASA yang dibuat dari sampah 9/11 di permukaan Marikh

Robot-robot ini membawa aluminium yang dikumpulkan dari bangkai pesawat yang melanggar World Trade Centre dalam peristiwa 9/11, sebagai simbol kekuatan, maruah dan kenangan.

Robot NASA yang dibuat daripada sampah 911

Dan sekarang NASA mengatakan kedua-dua kenderaan-robot Mars Rovers yang menjelajahi planet merah itu boleh membawa penghormatan dalam diam lama melangkaui memori serangan Menara Berkembar.

Kedua-dua robot extra-terrestrial itu iaitu Spirit dan Opportunity boleh hidup berjuta-juta tahun di Marikh, kata agensi angkasalepas itu.

Robot NASA yang dibuat daripada sampah 911


Mereka pada asalnya dibina oleh sebuah syarikat Lower Manhattan yang ditugaskan untuk pembuatan alat-alat penggerudian yang direka untuk membolehkan rover Marikh NASA mengisar lapisan permukaan berbatu Marikh dan menganalisis komposisi mereka.

[Daily Mail]


Timbul persoalan, apakah bahanapi atau kuasa yang digunakan oleh robot-robot Mars Rovers itu? Bagaimana ia boleh tahan dan berjalan di permukaan Marikh dalam masa yang lama?

Benarkah gambar-gambar di atas dirakam di atas permukaan Marikh?  Atau ia hanya dirakam di sebuah padang pasir di Amerika Syarikat yang dipanggil Area 51, kemudian diedit semula dalam perisian video dan imej?

Dan bagaimana mereka dapat jangka yang robot-robot itu dapat selamat selama berjuta-juta tahun di Marikh? :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.