Rabu, 28 September 2011

Penduduk Singapura sudah mencecah 5.18 Juta

Bendera Singapura
Menurut laporan Bernama, Singapura kini sudah mempunyai 5.18 juta penduduk, bertambah 2.1 peratus dari tahun sebelumnya.

Mengikut laporan Population Trends 2011 yang dikeluarkan di Singapura hari ini, angka itu meliputi 3.79 juta warga negara Singapura, 530,000 pemastautin tetap dan 1.39 warga asing bukan pemastautin.

Kaum Cina merangkumi 74 peratus daripada penduduk Singapura, diikuti Melayu sebanyak 13 peratus dan India 9.2 peratus, menurut laporan itu.

[BERNAMA]


Tidak hairanlah pertambahan penduduk sebanyak 2.1 peratus dari tahun lepas, kerana terlalu banyak menjemput warga asing untuk datang bekerja di situ. Lebih kurang juga dengan Malaysia, dan banyak lagi negara lain.

Cuma Singapura sedikit lebih sedih dari Malaysia, kerana warga asingnya kebanyakannya lebih dihormati dan diberi kelebihan berbanding dengan warga tempatan, khususnya orang-orang Islam.

Itu belum lagi disentuh bab kurang ajar dan tidak bersopannya warga asing terhadap penduduk tempatan.

Negara yang kecil, tetapi penduduk sentiasa bertambah pesat, maka dapat lah kita lihat di stesen-stesen MRT Singapura sentiasa penuh sesak dengan manusia, belum termasuk jin.

1 ulasan:

  1. Kalau distesen2 mrt tu masa waktu peak hours, baik pergi atau pun balik pejabat... fuh.. macam sardin... macam2 bau pulak tu.. dan jangan mimpi nak dapat tempat duduk.. kekadang tu terpaksa berdiri dibawah ketiak orang..Gomen mana tau.. Mereka org besor, naik kete besor, gaji besor, kluar rumah pun waktu dah besor.. mana dwg peduli dengan masaalah rakyat?

    Rakyat lebih rela jadi orang asing dinegara asing daripada menjadi orang asing dinegara sendiri. Rakyat sendiri di anak tirikan. hurhurhur..

    Hmmmm.. kemana nak larikan diri ni yerrr????

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.