Rabu, 21 September 2011

PDRM lancar laman Twitter rasminya hari ini

Punya lah lama Twitter berada di persada internet, baru hari ini PDRM lancarkan Twitter rasminya, huhu. Tak apa lah, sekurang-kurangnya ada juga , Pilihanraya Umum pun dah dekat :D  Alamatnya  http://twitter.com/#!/PDRMsia

laman Twitter rasmi PDRM

KUALA LUMPUR: Seiring dengan era perkembangan teknologi maklumat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil pendekatan terkini dengan melancarkan Twitter PDRM dalam usaha meningkatkan mutu dan imej pasukan serta meletakkan mereka sebagai organisasi mesra pelanggan menerusi alam siber.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pelancaran Twitter PDRM ini adalah platform yang dapat digunakan bagi pasukan berkenaan untuk menyalurkan maklumat terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.

"Interaksi dua hala antara PDRM dan masyarakat amat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu kes," katanya pada sidang akhbar selepas majlis sambutan ulang tahun pertama Facebook dan pelancaran Twitter PDRM di Maktab Polis Dirajaya Malaysia, Cheras di sini, sebentar tadi.

[Berita Harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.