Sabtu, 17 September 2011

Majalah Arab pertama menampilkan model pakai bikini

Dunia Arab lain mungkin marah dengan apa yang dilakukan oleh majalah ini. Model yang menghiasi kulit muka dan isi majalah yang mempunyai posing-posing yang seksi ini adalah wanita Arab, yang berpakaian bikini.

Ketua Editor Majalah Lilac, Yara Mashour telah melanggar pantang dan membuat satu kemunculan baru.

Tetapi mereka mungkin tidak akan dikenakan hukuman dunia, kerana kemunculan majalah ini adalah di Israel, dan syarikat majalah itu berpusat di Israel.

Wanita Arab yang menjadi model muka depannya ialah Huda Naccache, 22 dari Haifa, Israel. Dia merupakan keturunan Arab Israel dan beragama Kristian. Berpakaian bikini adalah satu kebiasaan baginya dalam majalah-majalah lain.

Dalam temu bual eksklusif dengan Mail Online, Yará berkata: "Sejak saya tubuhkan Lilac di Nazareth, Israel 10 tahun yang lalu, saya ingin untuk memecahkan pantang larang mengenai wanita dalam masyarakat ... Saya bekerja untuk memperkasakan dan membebaskan [wanita]."

Dia meneruskan: "Huda adalah model pertama Arab muncul di kulit depan majalah dalam bahasa Arab dengan bikini. Lilac adalah majalah pertama Arab untuk menunjukkan kulit muka dengan bikini!"

Wah, bukan main bangga lagi Yara dengan majalah yang mengeksploitasi tubuh wanita dan menyemarakkan nafsu seks para lelaki ini.

Benarkah dia telah memperkasa dan membebaskan wanita?  Atau dia telah membawa wanita ke arah kebinasaan dan keruntuhan moral, akhlak serta merosakkan keturunan?  Dan merosakkan iman para lelaki serta menggalakkan seks bebas, zina, rogol dan sebagainya? .......


p/s: Harap maaf, gambar-gambar sudah dibuang kerana menampilkan aurat.

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.