Jumaat, 16 September 2011

Lima pasang kembar mula sekolah pada hari sama di sekolah sama

Pening juga agaknya guru-guru di Sekolah Rendah Quay, Bridlington di Yorkshire, England, apabila 10 kanak-kanak kembar berusia empat tahun berjalan ke dalam bilik darjah bersedia untuk pelajaran.

Lima pasang kembar mula sekolah pada hari sama

Harry dan Jamie, Jasmine dan Lucy, Alysa dan Keira, Connie dan Dylan, serta Ruby dan Jake merupakan satu perenam daripada jumlah pengambilan sekolah murid-murid asas tahun ini.

Nasib baik untuk guru-guru itu kerana hanya Harry dan Jamie serta Jasmine dan Lucy adalah kembar seiras, dan ketua guru Lyndsay Baldock menafikan sekolah akan menghadapi masalah berganda mengendalikan pelajar-pelajar baru yang luar biasa itu.

Lima pasang kembar mula sekolah pada hari sama

Dia berkata: "Kami mempunyai dua set kembar lain di seluruh sekolah, mempunyai lima dalam satu tahun adalah sangat jarang berlaku."

[Mail Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.