Rabu, 14 September 2011

Kembar siam tertua yang masih hidup buktikan ramalan doktor salah


Kembar siam tertua di dunia yang masih hidup sekarang telah membuktikan bahawa ramalan doktor terhadap mereka adalah salah dan mencapai ulang tahun ke 50 mereka.

Kembar siam tertua yang masih hidup buktikan ramalan doktor salah

George dan Lori Schappell, yang bercantum di kepala, meraikan hari istimewa mereka Ahad ini.

Dan pasangan itu menandakan ulang tahun bersejarah dengan perjalanan ke London.

Luar biasa sekali, kembar Siam itu dapat hidup dengan keadaan sangat berbeza dan hidup berasingan, dengan Lori mempunyai hubungan dengan kekasih dan George - yang pada asalnya dinamakan Dori - memutuskan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki.

Lori juga adalah juara bowling sepuluh pin dan George membuat persembahan sebagai penyanyi lagu-lagu 'country'.

Kembar siam tertua yang masih hidup buktikan ramalan doktor salah

Lori berkata: "Apabila kami dilahirkan, doktor-doktor tidak fikir kami akan capai umur 30, tetapi kami membuktikan yang mereka salah."

"Kami telah mempelajari begitu banyak dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan akan terus hidup dengan sepenuhnya."

Lori, yang tingginya 5 kaki 1inci, dilahirkan dengan tubuh yang berupaya berjalan, sementara George yang 4 kaki 4 inci mengalami spina bifida, yang telah menyebabkan masalah mobiliti yang teruk.

George berkata: "Kebanyakan orang tidak percaya kami, tetapi kami mempunyai kehidupan yang sangat normal."

Kembar siam tertua yang masih hidup buktikan ramalan doktor salah

Oleh kerana George tidak boleh berjalan, dia duduk atas sebuah kerusi roda dimana Lori menolaknya, jadi kedua-dua boleh bergerak bersama-sama.

Kembar itu, dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, dilahirkan berkongsi 30 peratus daripada tisu otak lobus depan dan saluran darah yang kritikal, yang bererti mereka tidak dapat dipisahkan.

[The Sun]


Bagaimana labah-labah yang dilahirkan dengan banyak kaki dapat hidup selesa?  Bagaimana ular yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan dapat hidup selesa? Walaupun mereka mungkin selesa dengan keadaan mereka kerana lumrah mereka begitu.

Mungkin yang dilahirkan dari awal kembar siam berbeza keadaannya dengan yang asalnya normal, tetapi tiba-tiba diuji sedemikian (walaupun tiada lagi kes begini berlaku, tapi sebagai pengajaran).

Bagaimana agaknya jika kita yang diuji sebegitu? Kalau tak di dunia pun di akhirat nanti. Apa perasaan anda? Sedangkan ramai dari kita yang normal pun asyik mengeluh walaupun diuji dengan ujian kecil dalam kehidupan seharian kita. Fikir-fikirkan :)

Walaubagaimana pun, semoga mereka diberi hidayah, dan mendapat keselesaan yang abadi di akhirat nanti, insyaAllah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.