Sabtu, 24 September 2011

Kanada keluarkan duit syiling dengan gambar haiwan mitos

Kanada pula nampaknya keluarkan siri duit syiling yang berunsurkan haiwan mitos di dalamnya. Haiwan-haiwan dan makhluk yang tidak wujud itu lah yang dijadikan subjek. Melainkan Naga yang sememangnya wujud, tetapi bukan di alam kita tetapi alam jin :-D

duit syiling Kanada dengan ilustrasi haiwan mitos
Duit syiling dengan ilustrasi Yeti

Ia dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint pada awal musim panas ini di sana. Tetapi kalau tidak silap saya, ianya hanya keluaran untuk pengumpul membuat koleksi, bukannya digunakan untuk membeli belah. Tapi ntah lah, kut-kut dapat juga untuk membeli guna syiling ini.

duit syiling Kanada dengan ilustrasi haiwan mitos
Duit syiling dengan ilustrasi Memphré oleh Emily S. Damstra


duit syiling Kanada dengan ilustrasi haiwan mitos
Duit syiling dengan ilustrasi Mishepishu oleh Emily S. Damstra


Sebelum ini New Zealand melalui New Zealand Mint telah mengisukan siri duit syiling perak dengan gambar-gambar watak dalam filem Star Wars. Ia dijangka keluar pada bulan November nanti.

duit syiling Zew Zealand dengan gambar mitos Star Wars
Duit syiling dengan gambar Darth Vader


duit syiling Zew Zealand dengan gambar mitos Star Wars
Duit syiling dengan gambar Luke Skywalker dan Princess Leia


duit syiling Zew Zealand dengan gambar mitos Star Wars
Duit syiling dengan gambar R2-D2 dan C-3PO

China juga pernah mengeluarkan siri duit syiling berunsurkan haiwan dan watak mitos, dikeluarkan oleh China Mint.

1995 China Bi Metallic Unicorn Coin


2000 Chinese 1oz silver dragon

Begitu juga Jepun pernah mengeluarkan duit kertas atau sijil pemberian (gift certificate) yang mempunyai gambar Naruto di Wilayah Tokushima, iaitu sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Naruto. Ianya sebagai penghormatan kepada majalah Manga yang telah dijual melebihi 100 juta naskhah.

duit kertas Jepun dengan ilustrasi Naruto


Semuanya adalah haiwan dan watak-watak mitos ....... Dan ada lagi sebenarnya di negara-negara lain ..

[Randommization , Yomiuri , Royal Canadian Mint , China Mint , New Zealand Mint]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.