Sabtu, 24 September 2011

Hantu menjelma di lokasi penggambaran drama Love Recipe

Hantu muncul belakang Kenji Wu di lokasi shooting drama Love Recipe
Drama remaja yang sangat popular di Taiwan, Love Recipe, dan mula ditayangkan di negara itu pada 4 September lalu telah bikin heboh.

Dalam laporan Majalah Next, Khamis 22 September 2011, dalam gambar promosi drama itu kelihatan pelakon Kenji Wu bersandar di kereta dan di belakang badannya kelihatan perempuan melihat ke arah kamera. Para kru memastikan bahawa van itu kosong semasa sesi fotografi itu berlangsung.

Kenji yang dihubungi wartawan mengatakan dirinya terus merasa mual setelah mengetahui ada hantu muncul di dalam van tempatnya melakukan adegan ciuman dengan pelakon Ivlyn Li.

Dia mengaku seseorang telah memukul punggungnya ketika dia berada di dalam van itu. "Ketika saya menoleh tak ada sesiapa," sambil menambah dirinya mendengar kata, "tidak," dibisikkan ke telinganya.

"Setelah itu saya merasa mual dan kedinginan," kata Kenji. Namun pengurus Kenji mengatakan bahawa ini merupakan tanda bahawa drama itu akan sangat menarik, kerana hantu pun tertarik menontonnya.

[Tribun News , Unikversiti]


Santai-santai saja ya baca kisah-kisah hantu ni. Mungkin betul, mungkin hoax, cuma yang penting, jin tu memang ada dan boleh menjelma menjadi macam-macam rupa selain rupa Nabi Muhammad s.a.w.

Yang penting, jangan bercakap besar dan mencabar jin, dan jangan pula terlalu takut. Buat dek, atau jangan tegur, dan tawakkal pada Allah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.