Berita Terkini

Forum bertajuk Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan


PAS mahu terbitkan biografi Mat Indera
KUALA LUMPUR 5 September  -  Satu forum bertajuk ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’ akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor KLSCAH yang bertempat di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur pada 7 September ini.

Tiga ahli panel yang diundang untuk mengupas isu ini ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamudin Rais.

Forum yang terhad kepada 150 peserta terawal bakal berlangsung jam 8.15 malam hingga 10.30 malam bagi membincangkan mengenai tokoh seperti Mat Indera yang terlibat dalam serangan di rumah Pasung Bukit Kepong pada 1950.

Mohammad Sabu pada 21 Ogos lalu memetik nama Mat Indera atau nama sebenarnya Muhammad Indera di dalam ceramahnya dengan menggambarkan beliau sebagai pejuang sebenar yang menentang penjajah British.

Ekoran itu sejarah mengenai Mat Indera yang tidak banyak diketahui mula diperkatakan banyak pihak apabila media arus perdana melabelkan Mat Indera pengganas dan bersubahat dengan komunis.

[Nabihah Hamid Keadilan Daily]

2 ulasan:

  1. Penganjuran forum tragedi Bukit Kepong makin ‘panas’

    IPOH, 8 Sept — Forum susulan kontroversi tragedi Bukit Kepong mula menarik perhatian. Satu lagi akan diadakan di Ipoh esok, dengan tajuk “Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?”.

    Ia akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

    Forum berkenaan akan bermula 3 petang, demikian menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Perak semalam.

    Empat ahli panel forum itu ialah bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar, bekas Ketua Polis Perak Tan Sri Yuen Yuet Leng, pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Prof Datuk Dr Ramlah Adam dari UiTM.

    Laporan Bernama Online menyebut, ahli-ahli panel akan berhujah mengenai peristiwa bersejarah itu yang kini menjadi topik kontroversi dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

    Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai gerombolan pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah pejuang kemerdekaan, manakala anggota polis yang terkorban adalah polis penjajah British.

    [Malaysian Insider - 8 September 2011]

    BalasPadam
  2. Iktiraf pejuang kemerdekaan tanpa pinggir mana-mana pihak – Aziz Bari

    KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari meminta fakta sejarah disusun semula bagi mengiktiraf semua pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah, tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

    Kata beliau, sejarah tidak perlu ditulis semula, sebaliknya kerajaan harus memberikan kebebasan kepada ilmuan sejarah untuk mengemukakan pandangan mereka dari pelbagai perspektif.

    “Tidak perlu (ditulis semula), Sebab, kerajaan persekutuan yang baru selepas ini, (mesti) memberi kebebasan kepada setiap pakar sejarah mengemukakan pandangan dan hujah masing-masing.

    “Dengan itu, fakta sebenar sejarah akan disusun semula termasuk mengiktiraf semua pejuang negara tanpa meminggir mana-mana pihak,” kata beliau pada forum Mat Indera: ‘Pengkhianat atau pejuang’ yang dianjurkan oleh Free Public Forum di Kuala Lumpur malam tadi.

    Dua lagi ahli panel yang turut serta dalam forum berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan aktivis sosial, Hishammuddin Rais dan .

    Menurut Aziz, berbeza di bawah pentadbiran Umno-BN pada masa ini, sejarah ditulis untuk kepentingan politik dan bersifat berat sebelah.

    Sementara itu, Mat Sabu yang turut bersetuju dengan pandangan itu berkata, ia menjadi punca rakyat Malaysia tidak bersemangat mengibar jalur gemilang setiap kali sambutan perayaan kemerdekaan pada 31 Ogos.

    Ini kerana katanya, hanya individu tertentu sahaja yang dinobatkan sebagai pejuang kemerdekaan oleh Umno-Barisan Nasional.

    “Sepatutnya, kerajaan bersikap adil dengan turut memaparkan nama pejuang lain termasuk Dr Burhanuddin Helmi (pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya dan Pas), Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Salleh, Rentap kerana mereka juga merupakan pejuang.

    “Malah ada antara mereka mati ditali gantung kerana menentang perjuangan British,” katanya.

    Sementara itu Hishamuddin Rais pula berkata, pentadbiran Umno enggan mengisahkan nama pejuang kemerdekaan lain kerana bimbang ‘rahsia’ mereka terbongkar.

    “Kalaulah Umno jujur, apa jadi? Rahsia sebenar bahawa bukan mereka yang bermandi darah memperjuang kemerdekaan (terbongkar).

    “Buktinya, apabila isu Mat Indera dicanang Utusan, rakyat semakin terdedah bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam sejarah negara,” katanya lagi.

    [keadilan Daily - 8 September 2011]

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.