Sabtu, 10 September 2011

Ebook yang pertama di dunia

Ebook adalah ringkasan dari Electronic Book (Buku Elektronik), juga dipanggil e-book, digital book, adalah penerbitan buku dalam bentuk digital, yang terdiri daripada teks, imej, atau kedua-duanya, dan dihasilkan, disiarkan dan boleh dibaca di komputer atau peranti elektronik yang lain.


Micheal Hart dikreditkan sebagai orang pertama yang membuat ebook apabila dia menaip Declaration of Independence pada 4 Julai 1971. Maka ebook Declaration of Independence adalah ebook yang pertama di dunia.

Micheal Hart di sebelah kiri gambar
Ebook ini adalah berkenaan dengan pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat yang asalnya ditulis oleh Thomas Jefferson.

Micheal baru saja meninggal dunia di rumahnya di Urbana, Illinois, AS, pada hari Selasa 6 September 2011 baru-baru ini ketika usianya 64 tahun.

Micheal juga adalah orang yang mula-mula menyebarkan ebook secara besar-besaran dengan membuat projek ebook yang diberi nama Project Gutenberg.  Project Gutenberg menjadi perpustakaan digital tertua di dunia.



Rujukan:

1 - www.gutenberg.org/files/16780/16780-h/16780-h.html

2 - Wikipedia

3 - nytimes.com - 8 September 2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.