Jumaat, 9 September 2011

Debat Mat Indera: PAS mahu diadakan siaran langsung di televisyen


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - debat mat indera
Mungkinkah UMNO akan menyahut cabaran ini? Mungkin tidak! Kerana dalam sejarah, hanya sekali mereka berani iaitu ketika debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Itu pun Datuk Shabery hanya lakukan serangan peribadi kisah-kisah lama Anwar, mengungkit-ungkit hinggakan yang keluar dari tajuk pun banyak. Hujjah nya yang berkaitan dengan tajuk debat sangat kurang dan langsung tidak professional.

Maka kali ini, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin berani menyahut cabaran Mat Sabu? Berikut laporan dari Malaysia Kini.

PAS mahu debat yang dicadangkan antara Timbalan Presidennya Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu Mat Indera dan sejarah perjuangan kemerdekaan diadakan di stadium dan secara langsung di televisyen.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, "demi keadilan" kepada semua, debat itu dicadangkan disiarkan di RTM atau televisyen swasta dan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.

"Bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini," kata Tuan Ibrahim.

PAS sebelum ini mengutarakan cadangan itu selepas Mohamad diserang hebat bermula 27 Ogos apabila dilaporkan berkata Mat Indera dan penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukannya "polis British".

Muhyiddin setakat belum menyatakan sama ada bersetuju atau menolak cabaran itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengulangi keperluan debat itu menjadi kenyataan kerana ia penting merungkai polemik hangat dan menjawab semua persoalan berbangkit.

"Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," katanya.

Penceramah terkenal itu berkata, PAS juga bersedia menerima mana-mana NGO, persatuan akademik atau institusi pengajian tinggi yang bersedia bekerjasama menjayakan cadangan itu.

"Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak," kata Tuan Ibrahim lagi.

[Malaysia Kini]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.