Jumaat, 2 September 2011

Cicak tokek tidak laku

Cicak tokek tidak laku
Mungkin permintaan untuk membeli cicak tokek sudah berkurangan, kerana itu sekarang sudah tidak laku. Lagi pun pernah juga seorang kawan saya hari tu diberitahu seperti kata Afandi Omar di bawah juga, iaitu pembeli membuat alasan inginkan cicak tokek yang lebih berat. 

Mula-mula nakkan 200g, kemudian 300g, 400g , kemudian tidak mahu langsung atas macam-macam alasan termasuklah haiwan itu sudah termasuk dalam akta haiwan yang dilindungi sekarang.  Dan risiko kepada pembeli nanti untuk membawa pulang cicak tersebut. Berikut laporan dari Harian Metro.

KUALA TERENGGANU: “Saya keliru, betulkah cicak tokek boleh dijual pada harga mencecah puluhan ribuan ringgit sedangkan cicak milik saya tidak laku meskipun sebelum ini ada pembeli menawarkan harga tinggi untuk haiwan berkenaan yang memiliki berat sekurang-kurangnya 200 gram (g),” kata Afandi Omar, 36.

Afandi yang memelihara cicak berkenaan berkata, dakwaan kononnya cicak itu boleh dijual pada harga tinggi sehingga mencecah RM25,000 hanya indah khabar dari rupa apabila rata-rata pemilik dikenalinya tidak pernah menjual haiwan berkenaan pada harga didakwa itu.

“Lebih setahun saya memelihara cicak tokek yang ditangkap sendiri di Pulau Redang. Bermula sekecil saiz cicak biasa kemudian dipelihara dengan baik kini beratnya melebihi 200g dan panjang 11 inci.

“Malah, tiga cicak tokek yang dipelihara itu ada antaranya sudah bertelur dan matang, tetapi saya kecewa apabila pembeli yang sebelum ini berjanji menawarkan harga RM25,000 untuk cicak tokek seberat 200g tidak berminat membelinya dengan memberikan pelbagai alasan tidak masuk akal.

“Pembeli seolah-olah sengaja mencari alasan untuk tidak membeli cicak tokek. Bagi saya, mereka hanya pandai mereka-reka cerita dan ternyata hebahan dibuat kononnya haiwan berkenaan boleh dijual pada harga lumayan tidak ubah seperti khabar angin bagi mensensasikan cicak tokek,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Titian Hangus, Bukit Besar, semalam.

Tambahnya, rakannya yang berhabis ribuan ringgit memelihara cicak tokek sehingga mencecah berat 400g turut mengalami nasib sama apabila haiwan berkenaan tidak laku untuk dijual dan akhirnya mati.

“Kadangkala permintaan pembeli tidak masuk akal, apa tidaknya sekejap 200g kemudian 300g dan 400g.

“Jika difikirkan dengan logik akal, berat diinginkan itu agak mustahil untuk dicapai, paling berat saya pernah jumpa 400g.

Baca selanjutnya di Harian Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.