Salah seorang anggota band Super Junior yang berasal dari Korea, iaitu Eunhyuk ternyata mempunyai pengalaman aneh sewaktu menjalani pekerjaannya di sebuah studio rakaman.
Eunhyuk mengaku bahawa dirinya diganggu oleh mahkluk halus semasa menjalani sesi rakaman vokal di studio rakaman di pejabat pengurusan untuk album kelimanya.
Kejadian tersebut terjadi ketika Eunhyuk diberitahu oleh penerbit bahawa suara yang di keluarkannya berbeza dari nada yang telah ditentukan.
Hasilnya Eunhyuk diminta berulangkali oleh penerbitnya untuk memperbaiki nada yang salah. Namun, nada yang dikeluarkan masih berbeza walaupun dirinya telah yakin bahawa nada terbut sudah betul dari nada yang di tentukan.
"Hingga beberapa kali penerbit minta saya untuk menyanyi lagi. Rasanya aneh kerana saya fikir saya sudah betul, tapi dia terus meminta saya untuk menyanyikan lagu itu hingga selesai," ungkap Eunhyuk seperti dilaporkan oleh Korea News.
Merasa tidak puas hati ditambah dengan keanehan sikap penerbit, akhirnya Eunhyuk cuba untuk mendengar sendiri rakaman lagunya itu.
"Akhirnya penerbitku menunjukkan dengan tepat di mana aku salah dan dia seolah-olah seperti seorang paranormal. Aku melihat dan bekerja dengan seorang penerbit yang nampaknya memiliki kekuatan supernatural lebih dari hantu," katanya.
[Warta News , Daily K Pop News]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)