Saiz tubuhnya dah lah bapak punya besar jika dibandingkan dengan wasp (tebuan) biasa, ditambah pula dengan rahangnya yang tajam dan lebih panjang dari kakinya. Munasabah lah diberi nama Waspzilla (Godzilla di kalangan segala Wasp) huhu.
Wasp yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dijumpai di Pergunungan Mekongga , bahagian tenggara Sulawesi, Indonesia. Ahli Entomologi Lynn Kimsey University of California, Davis, menemui tebuan ini semasa ekspedisi ke pulau itu baru-baru ini.
Nasib baik spesis ini lebih suka makan serangga, tetapi jika diancam, ia boleh meninggalkan satu tanda yang besar pada daging manusia juga.
Cik Kimsey menyifatkan Sulawesi sebagai salah satu daripada tiga pulau terbaik di dunia untuk biodiversiti di samping Australia dan Madagascar.
Tebuan biasa dibandingkan dengan Waspzilla
SubhanAllah. Dan memang banyak banyak banyak sangat lagi spesis serangga dan haiwan yang belum ditemui dan diketahui oleh manusia sebenarnya. Di atas dunia ini saja sudah camam-camam spesis yang pelik, belum lagi di luar angkasa dan di alam akhirat nanti. :)
[Daily Mail , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)