Rabu, 24 Ogos 2011

Sejuta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia kali ini


Biar betul?? Tapi memang macam betul kerana dah keluar dalam akhbar. Apa-apa pun semoga dibuka lebih lama sedikit peluang untuk rakyat Malaysia. Jangan tak sabar-sabar untuk beri pada warga asing , seperti mana Singapura yang utamakan warga asing dari penduduk sendiri.

Walaubagaimana pun kita tunggu dan bersedia dulu, kerana iklannya akan dikeluarkan tidak lama lagi insyaAllah.

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.

"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

[Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.