Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terselamat dan hanya mengalami beberapa kesan lebam dan patah kaki serta siku selepas dilanggar oleh kereta api ekspres semasa dia melompat turun ke landasan stesen keretapi di Barat Sydney, Australia.
Remaja itu terselamat dengan merapatkan dirinya ke platform, akan tetapi kereta api ekspres yang laju menjejaskan sebahagian badannya. AOL Travel melaporkan bahawa dia dipercayai menuju ke atas platform satu lagi untuk bercakap dengan perempuan apabila dia menyedari kereta api telah datang ke arahnya dan cuba untuk berlari kembali dari mana dia datang.
Daily Mail melaporkan bahawa rakaman yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan New South Wales itu menunjukkan kebodohan melompat ke landasan kereta api, walaupun dia nampak bahawa tidak ada kereta api yang menghampiri.
Malam sebelum itu, seorang wanita berusia 24 tahun terbunuh di situ juga kerana dia melintas landasan untuk mencari tandas.
Malam sebelum itu, seorang wanita berusia 24 tahun terbunuh di situ juga kerana dia melintas landasan untuk mencari tandas.
Moralnya, jangan cuba-cuba turun dari platform di landasan keretapi , apa lagi berjalan atau berlari di atas landasan. Jika ada terdesak jatuh barang atau apa pun, sebaik-baiknya mengadu dulu pada pihak keretapi, agar mereka menguruskannya.
[theblaze.com - 27 Ogos 2011]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)